Sunday 27 April 2014

Ratu Cantik Berusia 71 Tahun Ada 37 Cucu



USIA memang tidak menghalang seseorang untuk beraksi. Di California, seorang nenek berusia 71 tahun berjaya memenangi sebuah pertandingan kecantikan.

Julie Rose dari Utah berjaya menjadi Queen Lola 2013 dengan mengalahkan 10 peserta lain.

"Sangat menyenangkan, semua keluarga ada di sini," ujarnya.

Para juri menilai bahawa Julie merupakan seorang yang menakjubkan. Jika kebanyakan orang diusia senja Perlu dibantu, namun tidak bagi Julie. Dia masih aktif untuk melakukan kegiatan sosial lain.

Lebih lanjut, meski usianya tidak muda, nenek 37 cucu tersebut tetap menjaga kecergasan tubuh dan merawat kecantikannya.

Selain Julie, peserta lain yang menang adalah seorang peninju Filipina, Lily Lao. Sementara itu, seluruh pemenang dalam pertandingan kecantikan tersebut berhak atas hadiah pelancongan, perhiasan, dan tampil di televisyen.


No comments:

Post a Comment