Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, 17 November 2014

GAMBAR!!! Alkisah Fara Fauzana Mula Bertudung, Bertambah Manis Dan Ayu


Saya fikir tak ramai yg tahu kisah bagaimana Selebriti dan penyampai radio Fara Fauzana mula bertudung.

Jika anda merupakan peserta Konvensyen The Bidadari 2014, anda mungkin tahu sedikit sebanyak kisah bagaimana mulanya Fara Fauzana bertudung sebab personaliti ini ada berkongsi kisahnya di dalam Program The Bidadari 2014.

Dalam konvensyen tersebut, Fara Fauzana berkongsi cerita mengenai tanggapan masyarakat, keluarga dan kawan-kawan apabila dia mula memakai hijab penuh.

Turut sama selebriti lain berkongsi cerita dan pengalaman mereka saat mula bertudung adalah Mizz Nina, Ummi Nazeera dan Natasha Hudson.

Paling menarik ialah bagaimana mahu transformasi dalam soal pergaulan apabila sebelum bertudung menjadi seorang muslimah yg kini berhijab.

Banyak tips diberikan untuk hadapi sangka buruk masyarakat, terutama sekali yg melihatkan apa yang dilakukan oleh mereka sekadar ikut trend dan bukannya kerana niat ikhlas untuk Allah S.W.T.

Berhijab adalah untuk menjaga kemuliaan seorang wanita. Berhijab adalah untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan harga diri seorang wanita.

Ia bukan menyekat kebebasan seorang wanita untuk berjaya, tetapi ia merupakan landasan betul untuk kecapi kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.





Saya kongsikan sedikit video The Bidadari 2014, kisah bagaimana Fara Fauzana mula bertudung, dan apakah harapan dia dengan penghijrahan ini.

Dia ceritakan bagaimana reaksi awal keluarganya terhadap dirinya bila mengenakan hijab. Fara Fauzana juga ceritakan mengenai perbezaan ketara dalam hubunganya sesama rakan apabila dia terlah bertudung.



Saya secara jujurnya mendoakan segala kebaikan buat mereka, selebriti yg telah diberikan ruang untuk berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setiap orang ada peluang diberikan oleh Allah S.W.T untuk berubah menjadi lebih baik, hanya kita sahaja samada mahu merebut peluang itu atau tidak.

Jika kita tahu ia akan memberikan segala kebaikan dunia akhirat, pasti peluang itu akan dirembat.







Salam Maal Hijrah 1436. Semoga kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Sumber ini dipetik dari hasrulhassan.com.

 


View the original article here

AKHIRNYAKantoi !!! Nora Danish Dan Kekasihnya, Nadim Bercuti Di Bali Tersebar ( 9 Gambar )




Baru-baru ini, gambar kemesraan Nora Danish dan Nadim tersebar ketika pasangan

ini dikatakan mempunyai urusan kerja di Bali. Namun, ketika berada di Bali, Nora 

tidak keseorangan tetapi bersama kekasihnya, Nadim.



Beberapa gambar Nora dan Nadim bersiar-siar di sekitar Bandar Bali dengan menaiki 

motosikal. Nora juga ditemani oleh kakaknya, Nadia Danish serta beberapa rakan yg 

lain.


















 


FUNTIMES


View the original article here

Friday, 14 November 2014

ARTIS!!! Gambar Terkini Juliana Evans Yang Hot Giteww...


Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat sekitar April 2014 yg lalu, ramai bertanyakan bilakah Juliana Evans akan kembali ke Malaysia sekaligus meneruskan penglibatan dalam dunia hiburan.

Bercakap kepada Harian Metro, Juliana Evans yg menyambung pengajian di Akademi Filem New York berkata beliau banyak menimba pengalaman ketika menetap di Los Angeles selain ada mengintai peluang berlakon serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.








Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yg ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita.

Di sini ramai kenalan yg sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.

Bagaimanapun saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.

Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran.

Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.

Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini, jelas Juliana Evans.

Gadis berusia 25 tahun ini juga khabarnya bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.

 


View the original article here

CUTE!! Gambar Terkini Anak Perempuan Pengacara Terkenal Tempatan


 Ally Iskandar dan Farah Lee bernama Maream Esabel yg lahir pada 7 Ogos lalu. 

Apa yg menarik, Maream kelihatan semakin tembam sekarang dan wajahnya seakan Korean look. Yalah... dah ibunya dulu bertahun belajar kat Korea dan banyak makan makanan di sana. Betul tak?



Jom tengok 6 keping foto terbaru Maream Esabel yang serius comel. - Myartis








 


View the original article here