Showing posts with label Seksi. Show all posts
Showing posts with label Seksi. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

SUPERB!!! 2 Gambar seksi Farahdhiya jumpa ultraman

Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?

Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yg dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.

Tapi, yg paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoibaq hang!

Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha!

Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.



Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yg langsing itu kot.



Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.



 








 


View the original article here

OH ARTIS!!! Gambar Terbaru Tiz Zaqyah Paling Seksi Dan Mengancam Di Instagram!


Gambar Terbaru Tiz Zaqyah Paling Seksi Dan Mengancam Di Instagram! - Oh my muka flawless habess.. ni air sembahyang ke apa nie.makin ari makin lawaa cik tizzaqyah..

Bestnyer dapat gift free. mesti baunya wangi kan.. apa lagi sambarlah sebotol di agnezmo perfume.

"Thank u @hidzzzzz , lovely lovely gift . U never fail to surprise me ! Loving the scent ?? @agnezmo perfume" tulisnya.

Semoga Tizzaqyah sukses selalu :)




SEKSI TAK???


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Eina Azman: Saya tak seksi!


Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.

PELAKON tinggi lampai ini tampak sangat menghormati pendirian suami setelah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, Ogos lalu.

Pernah membuat kenyataan mengenai nasihat suaminya yang mahukan dia berpakaian lebih sopan selepas berkahwin, empunya nama Ainur Syakina Azman ini mengakui ia tidak sukar untuk direalisasikan sementelah dia bukanlah seorang yang sering berpakaian seksi.

Lebih dikenali sebagai Eina Azman, bintang Selamat Pengantin Madu ini tiba-tiba menjadi tumpuan gara-gara penampilannya di majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.






Berkesempatan mendapatkan respons Eina mengenai perkara itu, bicaranya, dia tidak menganggap pakaian yang dikenakan itu seksi berbanding yang pernah dipakai oleh selebriti lain.

“Selagi baju tersebut tidak mendedahkan dada, bagi saya ia tidak seksi. Lagipun setiap kali mahu keluar, saya akan mendapatkan keizinan suami mengenai penampilan saya.

“Saya hanya pakai dan buat apa yang dia suka sahaja. Saya rasa lebih ramai artis yang seksi berbanding saya,” katanya dan berkata perkara tersebut bukan isu besar kepadanya.

Menurut pelakon berusia 19 tahun ini, sebagai manusia biasa, dia juga melakukan kesilapan.

“Yang penting saya menjaga hati suami. Apa yang terbaik untuknya, baik juga untuk saya,” ujarnya yang lebih selesa berdiam diri dan tidak mengambil pusing pandangan orang lain terutama di laman sosial.

Dalam pada itu, Eina bakal muncul menerusi drama bersiri RTM, iaitu Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.



View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Gambar Seksi Shila Amzah Pakai Blous Pendek Dan Legging Warna Kulit ?



Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging menarik perhatian ramai peminatnya.

Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dan legging dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. - billyinfo







View the original article here

Friday, 3 October 2014

FAKTA - Wanita Kelihatan Lebih Seksi Ketika Tukar Tayar Kereta Sendiri



Wanita memandu kereta itu sudah biasa, tapi bila wanita boleh menukar tayar keretanya sendiri, itu baru luar biasa. Dan ternyata wanita yang boleh menukar tayar keretanya sendiri itu dianggap sebagai wanita seksi.

Paling tidak itulah yang terungkap dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh pengeluar tayar Continental.

Lebih dari setengah (59 peratus) pemandu lelaki mengatakan bahawa jika mereka melihat seorang wanita mengganti tayar, mereka pasti akan menawarkan bantuan.

Sementara 15 peratus yang lain mengatakan mereka akan berhenti dan menawarkan nombor kenalan mereka daripada membantu.

Tapi, satu perempat daripada responden ternyata memilih tidak akan berhenti untuk membantu, kerana bimbang hal itu mungkin perangkap dari penjahat.

Dan sebahagian besar pemandu lelaki yang disurvei mengatakan ada keseksian dari wanita yang boleh menukar tayar kereta sendiri.

Sumber: oto.detik.com

View the original article here

Saturday, 20 September 2014

PANAS! Gambar Karpet Merah Artis Di Filipina Seksi Habis




Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan lantas meraih publisiti daripada orang di luar sana.

Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun sedangkan ia hanya mendatangkan kesilapan.

Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk. Ujarnya.









View the original article here

Wednesday, 17 September 2014

PANAS! Gambar Karpet Merah Artis Di Filipina Seksi Habis




Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan lantas meraih publisiti daripada orang di luar sana.

Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun sedangkan ia hanya mendatangkan kesilapan.

Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk. Ujarnya.









View the original article here

Friday, 5 September 2014

GEMPAR! Video Ice Bucket Challenge Adik Neelofa Memakai Short Pants yang Seksi dan Hot


Akhir-akhir ini sememangnya nama adik Neelofa iaitu Ameera ini sememangnya melonjak naik kerana dek kecantikan dan juga keayuannya. Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai video Ice Bucket Challenge milik Ameera. Menggigil-gigil Ameera ketika melakukan aksi ini. Mana taknya, sejuk tu. Kami rasa video inilah yang paling meletop-letop setakat ini.

Kami difahamkan, video ini dirakam oleh pembantu rumah Ameera. Hah! Adik Neelofa pun dah sahut cabaran. Korang bila lagi? Tapi video ini mendapat pelbagai kritikan juga kerana dikatakan adik neelofa sangat seksi memakai short pants.



View the original article here

MESTI TENGOK! Gambar Seksi Adik Neelofa di Sekolah Cetus Kontroversi


Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan berita penghijrahan Neelofa yang sudah mula berhijab. Namun kini pandangan sudah beralih kepada adiknya Amira yang dikatakan semakin remaja. Adik Neelofa, Ameera telah memuatnaik beberapa keping gambar ketika berada di sekolah. Namun ternyata ianya mengundang kontroversi kerana Ameera memakai skirt.

Ramai tertanya-tanya Ameera bersekolah di mana yang membenarkan dia memakai skirt walaupun sudah di sekolah menengah. Sememangnya beliau bersekolah di sebuah sekolah swasta dan pemakaian sekolah itu menetapkan supaya memakai skirt.


Di sekolah swaasta ini, banyak peraturan lain dan di sini juga boleh bawa laptop, ipad, iphone, smartphone dan gajet-gajet canggih. Huhu

Jom lihat gambar Ameera ini di : 








sumber : HOTLIPS YUYA

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Felixia Yeap padam foto seksi

type='html'>
ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.

PETALING JAYA: Model berbangsa Cina iaitu Felixia Yeap yang memilih berhijab mengaku rimas dan tertekan dengan desakan  segelintir pihak yang memaksanya membuang gambar-gambar seksi di laman sosial Facebook miliknya.

Felixia, 27, yang mula dikenali selepas tampil dengan imej bertudung litup berkata, dia memerlukan masa untuk membuang ribuan gambar ketika menjadi model beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy.

"Kadang-kadang saya rimas bila orang hantar mesej peribadi di laman sosial menyuruh saya membuang gambar-gambar lama saya. Bukan saya tidak mahu buang tetapi saya tiada masa untuk berbuat demikian.

"Saya perlu masa untuk menyimpan satu persatu gambar tersebut sebelum membuangnya, ia bukan sekeping dua tetapi beribu-ribu," katanya melalui kiriman e-mel kepada mStar Online di sini, Khamis.

Felixia berkata demikian ketika diminta mengulas status yang dimuat naik dilaman  Facebook miliknya yang meminta kerjasama daripada semua pengikut laman sosial itu agar tidak memberi tekanan kepadanya supaya membuang gambar-gambar sebelum bertudung.


Dalam pada itu, Felixia berkata gambar-gambar tersebut menunjukan perjalanan hidupnya yang melalui tranformasi selain ia mampu memberi inspirasi kepada individu yang ingin berubah.

"Saya rasa gambar tersebut menunjukan perjalanan hidup saya daripada seorang yang jahil hingga berubah menjadi lebih baik. Ia sedikit sebanyak dapat memberi insiparsi kepada orang lain yang ingin berubah ke arah kebaikan," katanya.

Sementara itu, Felixia tidak menafikan ramai yang mengecam tindakannya berhijab  kerana dia masih belum memeluk Islam namun sebilangan besar juga masyarakat menyokong dan memberi semangat.

Dia juga masih lagi mendalami ilmu tentang agama Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu.

"Ramai yang pandang serong apabila saya mengenakan hijab ini tetapi ramai juga yang menyokong saya. Bagi yang mengecam, saya hanya sabar sahaja kerana tidak semua orang suka apa yang kita lakukan.

"Saya perlukan masa untuk semua itu. Kini saya masih lagi mengikuti kelas agama Islam sebelum membuat keputusan besar dalam hidup saya," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia seni tanah air.


Sumber



View the original article here

Friday, 30 May 2014

Pembantu Pengadil Bola Sepak Punyai Tubuh Badan Paling Cantik dan Seksi .


Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak.

Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini.

Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil kelmarin.

Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.

"Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. - Agensi







View the original article here

Thursday, 29 May 2014

PAKAIAN FELIXIA YEAP DI ABPBH YANG TENGGELAMKAN ARTIS-ARTIS SEKSI LAIN!!

Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.



View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Rebecca Bergaya Sakan Dengan Gaun Seksi!

Tidak serik-serik. Itulah yang dilakukan oleh pelakon Rebecca Nur Al Islam apabila dia sekali lagi mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudungnya.



Menerusi gambar yang tersebar di Internet yang diambil dari akaun Instagram rakannya, dia dilihat mengenakan tudung yang dipadankan dengan gaun sendat paras betis.

Kami tidak pasti sama ada dia turut mengenakan legging berwarna kulit atau tidak, namun keseluruhannya gayanya memang serba tak kena.



Sebelum ini, Rebecca dikritik hebat kerana busana ala Teletubbies ketat yang dipakainya sehingga menampakkan susuk tubuh.

Rasanya selepas ini, Rebecca mungkin perlu merujuk majalah fesyen muslimah agar pemakaiannya selepas ini lebih sempurna selari dengan imej bertudungnya. -Mynewshub.my