Tuesday, 6 May 2014

Diet-diet Yang Sangat Pelik

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan kurus dan salah satu jalan mudah yang mereka pilih ialah dengan mengamalkan diet-diet tertentu. Namun, bukan semua jenis diet sesuai untuk semua orang.

Ada sesetengahnya mungkin boleh mendatangkan ancaman penyakit kepada pengamal diet. Dan berikut adalah antara senarai diet-diet pelik yang wujud di dunia malah diamalkan oleh sesetengah orang.

Diet telur


Egg_Diet

Diet telur terus meningkat popularitinya kerana laporan-laporan yang mengatakan sesetengah selebriti terkenal telah berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan hanya dengan memakan telur. Malah, suami pakar masakan terkenal dunia, Nigella Lawson, Charles Saatchi telah kehilangan 60 paun dengan mengamalkan makan sebanyak 9 biji telur setiap hari untuk tempoh 10 buln. Aktor Adrian Brody juga dikatakan hilang 30 paun dalam persediaannya untuk memegang wataknya dalam filem Pianist dengan mengamalkan diet telur. Namun, dari penjelasan yang dibuat olehnya, dia sebenarnya mengambil telur untuk sarapan, sedikit ayam bakar pada waktu tengah hari dan sedikit ikan bersama sayur stim untuk makan malam. Diet telur juga terdapat dalam beberapa versi yang berbeza tapi yang paling popular ialah yang tidak mensyaratkan hanya memakan telur sebaliknya mendapatkan sebanyak mungkin sumber protein hanya dari telur.

Diet tidur

Sleep Diet

Prinsip diet ini ialah 'Jika kita tidak terjaga, kita tidak akan makan'. Diet ini pula sudah tentulah melibatkan banyak aktiviti tidur. Kononnya cara untuk diet ini bertindak ialah dengan pengamalnya mengambil sedatif dan akan tidur untuk berhari-hari lamanya dalam tempoh masa tertentu untuk mengurangkan berat badan. Walaupun diet ini mungkin berkesan tapi adalah sesuatu yang amat berani untuk mencuba diet ini sebenarnya. Menurut pengamal diet ini, kualiti dan kuantiti tidur yang diperolehi akan mempengaruhi hormon, leptin dan ghrelin yang berkaitan dengan selera makan. Leptin dan Ghrelin pula akan dipengaruhi dengan betapa kurangnya kita tidur.

Diet pengilat bibir

Fuze Skenderize Lips Diet

Pengilat bibir yang direka khas ini dijual dengan slogan 'Always on the lips'. Never on the lips'. Pengilat bibir berjenama Fuze Skenderize dikatakan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan pemakannya tidak merasa lapar malah ia juga didakwa dapat meningkatkan kadar metabolisma dan juga tenaga. Salah satu unsur utama dalam pengilat bibir ini ialah 'Supercitrimaz', sejenis ekstrak tumbuhan yang dikatakan dapat menjauhkan rasa lapar dan menghalang tubuh daripada menukarkan karbohidrat yang diambil daripada menjadi lemak.

Diet 'Monkey Chow'

'Monkey Chow' Diet

Adam Scott tidak memakan sebarang makanan lain kecuali sejenis makanan lengkap yang telah dipaletkan khas untuk monyet. Dengan diet ini, dia tidak perlu risau tentang memasak, karbohidrat atau kalori yang diambil kerana hanya itu sahaja yang dimakan. Dan sudah tentulah diet ini tidak menyihatkan.

Diet Shangri La

Shangri La Diet

Diet ini adalah salah satu daripada jenis diet yang paling pelik untuk menurunkan berat badan yang pernah ditulis. Penulisnya, Seth Roberts telah menyampaikan idea radikal yang akhirnya membawa kepada keadaan yang penuh kontroversi dan soal jawab. Diet ini antaranya menyatakan bahawa perlu mengambil antara 100 ke 400 kalori daripada sumber minyak zaitun ringan ataupun gula setiap hari sama ada diambil secara berdikit-dikit ataupun sekaligus.

-Sentiasapanas.com

No comments:

Post a Comment