Friday 2 May 2014

Hubungan Intim Menyihatkan Badan

Banyak kajian membuktikan hubungan seksual turut menyumbang kesihatan kepada manusia. Malah, anda tidak perlu malu untuk meminta supaya aktiviti seksual dilakukan dengan lebih kerap. Ini kerana seks yang sihat bersama pasangan mampu memberikan manfaat tersendiri.


HUBUNGAN INTIM

Berikut adalah manfaat yang anda akan perolehi selepas melakukan aktiviti seksual bersama pasangan anda.

Tekanan. Seks terbukti melalui kajian dapat membantu kesihatan mental. Menurut seorang profesor psikologi di Universiti of Virginia, Dr. James Coan, "Ketika melakukan hubungan intim, anda akan melepaskan hormon yang akan mencetuskan rasa bahagia seperti Oksitosin dan Endorphin". Hormon inilah yang membantu individu dalam menghilangkan tekanan.

Insomnia. Selepas melakukan hubungan intim, tubuh akan melepaskan hormon Oksitosin yang juga disebut sebagai 'Hormon Pelukan'. Selain membuatkan perasaan lebih selesa, Oksitosin juga membantu anda cepat mengantuk dan tidur lebih nyenyak. Kesan hormon ini lebih besar kepada wanita kerana wanita memiliki hormon Oksitosin yang lebih tinggi.

Kejang perut. Melakukan hubungan intim juga dapat mengurangkan rasa tidak selesa pada perut seperti pedih, sakit atau kejang. Ini kerana, orgasme akan membuatkan otot rahim berkontraksi dan melepaskan hormon pada otak yang berfungsi sebagai pereda rasa sakit semulajadi.

Menurunkan berat badan. Rutin seks juga dapat membantu kesegaran tubuh anda setiap hari. Anda juga mampu membakar sebanyak 700 kalori dalam masa seminggu jika melakukan hubungan intim setiap hari.

Menyihatkan jantung. Pembakaran kalori semasa melakukan hubungan intim juga akan meningkatkan kesihatan jantung anda. Seks mampu mencegah serangan strok dan jantung.

Mencegah kanser prostat. Ejakulasi ketika melakukan hubungan seks dapat mengurangkan risiko kepada lelaki dari terkena kanser prostat. Dalam sebuah kajian di Australia, lelaki yang mengalami ejakulasi sebanyak 21 kali dalam sebulan dapat mengurangkan risiko terkena kanser prostat.

No comments:

Post a Comment