Wednesday, 7 May 2014

Model Thailand Pemenang Pertama Asia’s Next Top Model

Peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok, 27, berjaya memenangi pertandingan realiti mencari model, Asia’s Next Top Model musim pertama.



Jessica berjaya menewaskan dua lagi finalis bagi rancangan tersebut iaitu Stephanie Retuya, 24, dari Filipina dan Kate Ma, 23, yang berasal dari Taiwan.

Program realiti jelitawan itu memaparkan seramai 14 jelitawan yang berasal dari negara Asia seperti Jepun, Singapura, Nepal, Hong Kong dan termasuk juga Malaysia.

Malaysia diwakili oleh Melissa Thng, 22, yang telah tersingkir pada episod ketujuh.

Dengan kemenangan itu, Jessica memperoleh wang tunai sebanyak USD100,000, kontrak modeling daripada Agensi Pengurusan Model Storm, tiga bulan ‘working trip’ ke London, berpeluang menjadi muka depan untuk majalah Harper Bazaar terbitan Singapura dan sebuah kereta Subaru XV 2.

Rancangan itu berasaskan daripada program popular supermodel Tyra Banks iaitu America’s Next Top Model yang kini sudah pun memasuki musim ke-19.

[Sumber]

No comments:

Post a Comment