Saturday 3 May 2014

Natasha Hudson, Amyra Rosli Duta Baru Jenama Aura White


Sebelum ini teka-teki yang bermain di minda peminat dan pengguna Aura White siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai duta yang sebelum ini telah digalas secara baik oleh pelakon Hanez Suraya akhirnya telah terjawab apabila pihak Aura White telah sebulan suara telah memilih Pelakon dan model Natasha Hudson dan pelakon baru yang semakin meningkat naik, Amyra Rosli.



Pemilihan Natasha Hudson & Amyra Rosli selaras dengan konsep Aura White yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini. Sementara itu, mereka juga merupakan pengguna setia Aurawhite sebelum bersetuju menjadi duta kepada produk tersebut.



Pendatang baru dalam industri hiburan tanah air, pelakon Amyra Rosli tidak menyangka apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta baru kepada produk Aura White yang kini telah berada di pasaran hampir 2 tahun.

“Alhamdulillah saya tidak menyangka apabila telah ditawarkan sebagai duta Aura White yang baru. Mula-mula saya terfikir juga iaitu menjadi sebagai duta ini adalah satu tanggungjawab yang besar bukan mudah untuk kita menggalas tanggungjawab ini”
“Tetapi setelah ditawarkan oleh Aura White untuk menjadi duta barunya saya rasa ini peluang saya untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam kerjaya saya,” ujarnya ramah.

Dia yang sebelum ini juga turut menggunakan produk Aura White dalam penjagaan kecantikan cukup teruja untuk bersama-sama pihak Aurawhite dalam memasarkan produk ini.
“Sebelum dilantik menjadi duta Aura White saya sememangnya pengguna Aurawhite dan saya dapati produk ini amat sesuai dengan saya”
“Dengan perlantikan ini merupakan salah satu kepuasan bagi saya dan saya bersyukur sekali atas apa yang dikurniakan kepada saya ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment