Wednesday 21 May 2014

Orlando Bloom Dan Selena Gomez Bercinta?

Apa pendapat anda jika Selena Gomez, 21, bercinta dengan Orlando Bloom, 37?



Mungkin ada yang akan mengerutkan dahi tanda tidak setuju kerana perbezaan usia yang agak ketara pada kedua-duanya.

Tapi, tidak mustahil kerana kedua-duanya kini boleh dikatakan solo selepas berpisah dengan teman lelaki dan isteri masing-masing.

Memetik laporan TMZ, Selena dan Orlando dilihat melepak bersama di luar konsert Chelsea Handler di Los Angeles, Sabtu lalu.

Kedua-duanya dilihat begitu gembira sehinggalah menyedari kemunculan paparazzi yang merakamkan gambar mereka.

Mungkinkah ini bakal menjadi permulaan kepada satu lagi hubungan cinta selebriti Hollywood atau mereka hanya teman berbual sahaja? Nantikan…


 

No comments:

Post a Comment