Aidil Zaquan Mengamuk Di Twitter, Cemburukan Iqram Dinzly? | Tak de angin tak de ribut, tetiba je meletop kes Aidil Zaquan (menerusi Twitter) enggan membenarkan isterinya Ayu Raudhah berlakon selepas ini kerana "tak sanggup melihat isterinya diperlakukan sebegitu."?
"SAYA TAK SANGGUP TENGOK ISTERI DIPERLAKUKAN SEBEGITU.. LEPAS NI,NO MORE SHOOTING !!!!! #lagendabudaksetan3"
Sebelum ini hangat juga kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah dibarisi beberapa pelakon terkenal seperti, Ayu Raudhah , Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.
Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.
Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sama dengan bermain bola sepak. Ayat Iqram menerusi Twitternya,
"Baru habis radio interview dgn pelakon lain & direktor #lagendabudaksetan3 di @hotfm976 . Smua ok tp ada mamat ni xleh blah ah!!! Pasai pa.
"Nilah payah nye kalau berlakon dengan isteri orang. Isteri yg ok.. Laki pulak yg lebih2. BE PROFESIONAL ah!!!
"Lu ingat BLAKON dlm FILM sama ke main BOLA SEPAK di PADANG. Bukannya wa rembat bini lu mcm bola dowh!!! GENTLE AH.
Sinopsis #lagendabudaksetan3
Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam.
Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya.
Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?
#Hurmm....ada yang kata ni semua utk promosi Lagenda Budak Setan 3....ada betoi kaaa? Layan trailer LBS3 di bawah sat...
sumber
http://www.rotikaya.com/mengamuk-di-twitter-zaquan-adha-cemburu-gandingan-ayu-raudhah-iqram-dinzly/

No comments:
Post a Comment