Saturday 20 September 2014

MESTI TENGOK! [Subhanallah] Gempar Bayi Lahir Bersama Al-Quran Kecil



Perkara ini sememangnya telah gempar di website Indonesia. Satu blog dari Indonesia telah melaporkan berita seorang bayi yang lahir bersama-sama Al-Quran.. Bayi itu dikatakan telah lahir bersama sebuah Al-Quran kecil digengaman tangannya. Kejadian dikatakan berlaku di wilayah Mushin, Lagos, barat daya Nigeria. Sejauh manakah kebenaran ini admin sendiri juga tidak pasti. Jom ikuti kisah sepenuhnya ini di bawah :

Seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, dikatakan telah memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Ustad Abdul Rahman juga menasihati si ibu, bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun bayi tersebut lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran.

Beliau juga menambah bahawa perkara yang terjadi tersebut merupakan kehendak Allah, dengan mengizinkan bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni terlahir dengan membawa Al-Quran.

Di beritakan, kawasan rumah bayi tersebut kini meriah dengan orang ramai yang ingin menyaksikan rupa bayi itu dan juga kehadiran peniaga-peniaga yang mencari rezeki.

Semoga perkara ini dapat membuka mata kita dan memperdalamkan ilmu agama Islam. InsyaAllah

View the original article here

No comments:

Post a Comment