Saturday, 27 September 2014

Sharnaaz nasihati Shila Amzah


Sharnaaz Ahmad

PERSETERUAN antara Shila Amzah dan media Melayu bukan sahaja menarik perhatian peminat, bahkan golongan selebriti.

Selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memberi nasihat kepada Shila, baru-baru ini, kini giliran bekas kekasih Shila pula memberikan sedikit nasihat buat penyanyi yang kini giat mencipta nama di China itu.






“Kalau boleh saya tak nak komen. Tapi apa yang saya boleh cakap, berbaik-baiklah sebab kita sama-sama dalam bidang ini dan saling memerlukan, saya dengan media pun tidak ada masalah.

“Bagi saya, apa yang dia cakap ada yang betul dan apa media cakap pun ada betulnya.

“Itu yang saya cakap bahaya media sosial ini, sebab orang akan salah interpretasi, apa salahnya kita jumpa depan-depan dan selesaikan dengan cara yang elok," katanya penuh berhati-hati.

Ujar Sharnaaz, dia juga pernah membuat kesilapan suatu ketika dahulu dan tidak menjadi satu kesalahan untuk mengaku kesilapan sendiri.

"Bagi saya kita manusia dan tak lari dari buat masalah. Saya berani untuk mengaku kesilapan saya dan harap orang orang yang melakukan kesilapan berani untuk mengaku kesalahan. Rendahkan ego, tak salah pun, orang lagi respek dan sayangkan kita," katanya.




Kunci mulut

Sementara itu, kehadiran Sharnaaz bersama 'temannya' iaitu seorang model dan pelakon baru ini pada tayangan filem Dollah Superstar di Cathay Cinneplex, e@Curve, kelmarin menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun Sharnaaz berkali-kali menegaskan enggan berbicara lanjut mengenai perhubungan mereka dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya dan bisnesnya sahaja.

"Soal peribadi, saya minta maaf, saya tak mahu bercakap kerana saya belum terfikir ke arah lain. Tapi apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya kini sibuk dengan penggambaran.

"Dalam masa sama, menjalankan perniagaan gimnasium saya yang beroperasi pada Oktober ini, di M Avenue, Segambut yang sekali masuk RM 5.00 sahaja," katanya mengenai gimnasium yang diberi nama Sharnaaz Ahmad Fitness Centre.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai wataknya dalam filem Dollah Superstar, Sharnaaz memegang peranan sebagai Shah Dazzle, seorang pelakon yang berperwatakan lembut.

“Shah Dazzle seorang pelakon yang berpewatakan lembut. Tidaklah lembut sangat, tetapi lembutnya lebih kepada ‘soft spoken’ dan metro seksual. Watak ini sangat berbeza dengan watak yang pernah saya bawakan sebelum ini. Selalunya saya akan tampil memegang watak ganas, dalam filem dan ‘Dollah Superstar’ menampilkan kelainan,” kata Sharnaaz.

Bergandingan dengan Awie, Fizz Fairuz, Neelofa dan Aziz M. Osman dalam filem arahan Khabir Bhatia ini, Sharnaaz mengakui dia belajar daripada jurusolek artis dalam menjiwai dan membawa watak yang diberikan.

View the original article here

No comments:

Post a Comment