Saturday 4 October 2014

Anak Sharifah Aini, Aliff Mohon Perkahwinan Tidak Diberi Publisiti


Aliff bersama ibunya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar enggan resepsi perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu (esok) mendapat liputan daripada pihak media.

Rakan baik Sharifah Aini, Aishah Ali berkata, Aliff menyifatkan perkahwinannya itu adalah perkara yang terlalu peribadi buatnya dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan pendiriannya itu.

"Sebenarnya Aliff tidak mahu sebarang publisiti tetapi tetap menghargai sokongan media kepada ibunya sebelum ini.

"Baginya, cukup hanya ibunya yang menerima publisiti dan bukan dia.

"Tambah pula, Aliff menganggap perkahwinannya itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.






Aliff, 32, sah bergelar suami kepada seorang doktor gigi bernama Nur Athirah Syed Azmi, 28, dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi Jumaat di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada tengah hari Sabtu yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Majlis itu juga diadakan tanpa sebarang acara persandingan.

Difahamkan, Aliff dan Athirah mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Aliff merupakan satu-satunya anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.



View the original article here

No comments:

Post a Comment