Friday 10 October 2014

AWAS SI SUAMI Isteri Tak Puas Di Ranjang Pakat Bunuh Suami








Pada awalnya kematian seorang anggota tentera India disangka akibat serangan jantung selepas mengambil arak sepanjang hari.



Namun penemuan pihak berkuasa selepas itu mendapati ada yg tidak kena pada mayat Sarjan Ramesh Chandra.



Hasil siasatan lanjut, akhirnya terbongkar rahsia bahawa isteri Chandra mengatur pembunuhan suaminya dengan bantuan seorang pemuda.



Motif Sudha Gupta bersekongkol dengan kekasihnya yg baru berusia 17 tahun itu didorong kekecewaannya di ranjang bersama Chandra.



Menurut polis, Sudha, 28, mengaku dia tidak bahagia sejak berkahwin pada 2008.



“Keadaan semakin kronik apabila suaminya bertukar menjadi kaki botol.



Disebabkan tekanan perasaan, kata sumber polis, Sudha – bertugas sebagai guru – berpakat dengan pemuda terbabit untuk menamatkan riwayat Chandra.



Ketika disoal siasat, pemuda terbabit mengaku mencekik Chandra selepas pegawai tentera itu pengsan akibat meminum arak seharian.



“Sudha memiliki ijazah sarjana menginginkan kehidupan lebih baik lalu memutuskan mengajar di sebuah institut kejuruteraan tempatan.




“Di situ dia berkenalan dengan seorang pemuda dan hubungan mereka semakin intim tidak lama kemudian,” katanya.



Menurut sumber, pemuda terbabit sering menghantar Sudha pulang menaiki motosikal selepas tamat waktu pengajian sehingga menyebabkan Chandra mengesyaki ada sesuatu berlaku.



Katanya, Chandra kemudian menghalang isterinya bertemu lagi dengan pemuda terbabit.



Disebabkan kecewa, Sudha merancang pembunuhan suaminya dan berharap dapat mengaut wang pampasan akibat kematian lelaki terbabit.



“Pada hari kejadian, Chandra minum arak sejak sebelum pengsan pada sebelah petang.



“Sudha mengambil kesempatan menghubungi kekasihnya sebelum mereka mencekik Ramesh,” katanya.



Namun Sudha kemudian meminta bantuan jirannya membawa Ramesh ke hospital kerana pengsan selepas mengadu sakit dada.



Mayat Ramesh kemudian dihantar untuk bedah siasatan dan hasilnya pada 6 Mei lalu menunjukkan Ramesh mati akibat asfiksia (kesukaran bernafas).



Pihak polis kemudian menahan Sudha di rumahnya.



Di situ, polis juga menemui kekasih Sudha yg berpindah ke situ sejak kematian Chandra.



Polis turut menemui nota ditinggalkan Chandra mewasiatkan separuh daripada hartanya untuk anak perempuan mereka, manakala selebihnya untuk badan kebajikan.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment