Saturday, 11 October 2014

BENARKAH Mangsa Tragedi MH17 Telah Dijumpai - Menteri Belanda






Timmermans


Salah seorang dari mangsa nahas tragedi MH17 dijumpai dalam keadaan memakai topeng oksigen, kata seorang Menteri Belanda, Frans Timmermans, dalam satu temu bual, menyebabkan kenyataan pakar bahawa mangsa mati dalam masa beberapa saat dipersoalkan.

Oleh kerana kenyataan yg mengejutkan itu, salah seorang peguam yg mewakili keluarga yg terlibat berkata ia telah menyebabkan kemarahan mereka kerana tidak diberitahu sebelum ini.

"Ramai yang terkejut apabila mendengar tentang perkara ini dan menyebabkan timbul persoalan terdapat informasi lain yg tidak dikongsi", peguam, Veeru Mewa memberitahu stesen TV tempatan Belanda.

Timmermans membuat kenyataan itu dalam rancangan "Pauw" pada hari Rabu dengan berkata "Adakah anda tahu yg seseorang dijumpai dengan topeng oksigen di mulutnya - jadi mereka ada masa nak meletaknya di dalam mulut?". Kenyataan ini telah menimbulkan keraguan mengenai kenyataan pakar yang mangsa nahas MH17 mati dalam sekelip mata kerana ditembak dengan bahan letupan yg mampat.

View the original article here

No comments:

Post a Comment