Tuesday, 21 October 2014

BERITA!!! Kronologi Kisah Pelajar Politeknik Tipu Dirinya Diculik


Semalam kita dikejutkan dengan satu berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor yg mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.

Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini menunjukkan yg kejadian dan dakwaan tersebut hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.

Berdasarkan soaldesak yg baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.

Kini polis mengesahkan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Johor Bahru, Johor, yg mendakwa dia diculik bersama tujuh kanak-kanak lain di Pasir Gudang, malam tadi, membuat laporan palsu. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yg dihubungi malam ini.

Kronologi kejadian :

Jumaat, 10.55 malam



  • Pelajar meninggalkan kunci motosikal, beg kuliah dan dompet di atas motosikal yang berada di hadapn rumah.

  • Pelajar berkenaan kemudiannya pergi ke tempat menunggu bas dengan membawa 2 telefon bimbit dan wang tunai RM210.

  • Pelajar berkenaan kemudian menahan sebuah teksi untuk ke Stesen Bas Larkin.

  • Dilaporkan dia tidak membeli tiket untuk menaiki bas tetapi membuat bayaran sebanyak RM40 kepada pemandu bas.

  • Di dalam bas, pelajar berkenaan mematikan telefon bimbit dan membuka talian broadband.

Sabtu, 4 pagi



  • Pelajar berkenaan menghantar mesej WhatsApp kepada 2 rakan menceritakan cerita dia diculik.

  • Pelajar berkenaan turut menghubungi ibunya menceritakan cerita yang sama. 

  • Ibu pelajar berkenaan menyarankan supaya pelajar berkenaan membuat laporan polis.

Sabtu, sekitar 8 pagi



  • Setelah tiba di Dungun, pelajar berkenaan bertanyakan kepada seorang penjual surat khabar arah ke Ibu Pejabat Polis Dungun.

  • Seorang lelaki kebetulan hendak membeli surat khabar membawa pelajar berkenaan ke IPD Dungun untuk membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 pagi.

  • Berita mengenai penculikan ini tersebar dan menggemparkan satu Malaysia.

Sabtu, sekitar 10 malam



  • Berita tentang kepalsuan laporan yang diceritakan oleh pelajar berkenaan mulai tersebar di aplikasi WhatsApp dan juga media sosial.

Ahad, sekitar jam 1 pagi



  • Ketua Polis Negara telah mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan adalah palsu.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment