Wednesday 22 October 2014

BERITA!!! Maklum Balas JAIS Mengenai Isu Memegang Anjing



Baru-baru ini kita dikecohkan dengan satu program yg diberi nama "I Want To Touch A Dog" yg katakan bertujuan untuk membuang perasaan takut orang Malaysia terhadap anjing.



Kes ini bukanlah sesuatu yg baru. Sebelum ini beberapa kes orang Islam di Malaysia memegang anjing sudah beberapa kali menjadi isu di Malaysia. Bagi menjelaskan isu tersebut, satu laporan dari pihak JAIS telah dikeluarkan pada tahun 2010 lagi.

 Selain dari isu memegang anjing, laporan setebal 6 muka surat itu juga ada menyentuh isu berkenaan mazhab.

Berkenaan dengan isu memegang anjing, laporan tersebut ada menyebut, memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. TETAPI perlu diingat bahawa perbuatan memelihara anjing sebagai hobi tidak dibolehkan mengikut mazhab Shafie melainkan jika anda mempunyai sebab-sebab tertentu (sila rujuk laporan pada muka 2).








Keratan laporan yang menyatakan memegang anjing tidak salah.

Pada pendapat kami, eloklah sekiranya kita cuba mengelak dari membuat sesuatu perbuatan yg kita curigai.

Selain itu, perlu diingat, cara hidup yang terbaik adalah cara hidup Nabi kita. Teramatlah elok jika kita cuba mengikut apa yg dibuat oleh Nabi dan apa yg tidak dibuat oleh Nabi serta menjauhi gaya hidup musuh-musuh Islam.

Rasanya sudah tiba masa bagi media-media arus perdana membuat liputan untuk memperjelaskan isu ini seperti mengumpulkan ilmuan islam dan membuat forum yg ekslusif supaya umat Islam di negara ini jelas dengan isu ini dan tidak terus terkeliru.

View the original article here

No comments:

Post a Comment