Friday 31 October 2014

BERITA!!! Mangsa Rogol Tidak Sedar Cecair Warna Putih Melekat Di Badan





Pustaka Kajang: Kejadian seorang (Wawa) wanita yg mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yg terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yg berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment