Friday 24 October 2014

GEMPAR!!! Ibu pakaikan Anak Dara Susuk Sejak Umur Belasan Tahun


Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.

Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkn rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.

Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkn mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.




Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dlam Islam memang amat terbatas.

Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh, katanya.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment