Thursday 23 October 2014

GILA HEBAT!!! Akibat Mabuk Wanita Ini Telah "Berenang" Sejauh 75 Kilometer..




Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China akibat pengambilan minuman tersebut.



Shen Ailan yg berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.



Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.



Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.



Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.






Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central,”Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap.”



Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yg sejuk.



Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai.



Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami sebarang luka teruk.



Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.



“Saya menghidu bau alkohol yg kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. 





View the original article here

No comments:

Post a Comment