Saturday 11 October 2014

Kerana Lelaki, Jika Buat Keputusan Kurang Cerdik !




SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki,

seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.

Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban

2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yg baru dikenali beberapa

hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan 

keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira 

jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak 

menyangka adiknya yg keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat

Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yg tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam 

sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan 

mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari 

rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan 

anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan

telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat 

 bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan 

 diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yg

 baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera

tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yg berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan 

 bersama siapa.

“Orang ramai yg melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran 

 ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya.



 


View the original article here

No comments:

Post a Comment