Monday 13 October 2014

Khabar Nik Aziz








comments
Khabar angin Nik Aziz meninggal dunia adalah tidak benar
Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.
KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung adalah tidak benar.

Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.

Kenyataan itu juga mengatakan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Julai lalu, khabar angin yang sama turut kecoh di laman sosial dan telah menyebabkan anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat.

Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Selepas tidak lagi memegang jawatan menteri besar, Nik Abdul Aziz dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan.

View the original article here

No comments:

Post a Comment