Wednesday 1 October 2014

Man Bai Mengamuk, Dakwa Lelaki Singapura Ganggu Isteri


Penyanyi Man Bai juga vokalis kumpulan Gersang yang pernah popular di era 80-an, baru-baru ini telah mengamuk di akaun peribadi Facebooknya.

Man Bai telah memuat naik foto seorang lelaki warga Singapura yang didakwa telah mengganggu isterinya.

Menerusi kapsyen yang terdapat pada foto tersebut, Man Bai memberitahu lelaki tersebut telah menghantar beberapa keping gambar tidak senonoh kepada isterinya.






Penyanyi Kau Ilhamku itu turut menasihati kaum wanita yang berstatus isteri supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut.

Selain itu, Man Bai turut meminta orang ramai yang mengenali lelaki tersebut supaya menghubunginya kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, pengikut Man Bai di laman Facebook telah menasihati penyanyi tersebut supaya menarik balik ‘posting’ yang dibuatnya itu.






View the original article here

No comments:

Post a Comment