Monday, 13 October 2014

Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi


Terbaca di SinarHarian, ada artikel mengatakan Memey Suhaiza tidak sanggup untuk hidup bermadu malah dia tidak pernah memikirkan untuk bermadu kerana bahagia dengan kehidupan kini.

Memey Suhaiza juga meminta peminat mendoakan yang terbaik buat Norman Hakim dan Abby Abadi kerana hubungan baik tersebut demi anak-anak tercinta.
Ini komen Memey Suhaiza kepada Sinar:

"Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.

"Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk,"

"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.

"Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT,"

"Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.

"Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri,"


View the original article here

No comments:

Post a Comment