Thursday 30 October 2014

MENARIK!!! Fazura Bakal Muncul Dengan Realiti TV Sendiri Ala Kim Kardashian



Jika sebelum ini Lisa Surihani dan Aaron Aziz mempunyai slot istimewa sendiri melalui program E! News Asia Special, Nur Fazura nampaknya lebih bertuah apabila bakal muncul dengan siri realiti televisyen sendiri ala Kim Kardashian.

Variety hari ini melaporkan yg Fazura akan tampil dalam program realiti TV berjudul Facing Up To Fazura
sebanyak lima episod yg mana ianya akan mengikuti perjalanan kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun itu — mungkin ada rahsia yg akan didedahkan.
“Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yg tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yg dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan. Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka,” ujarnya kepada Berita Harian.

Program realiti TV Facing Up To Fazura
akan diterbitkan oleh Karen Wiggins, individu yg sama bertanggungjawab ke atas siri It Takes Gutz to be a Gutierrez dan akan menemui para penonton bermula pertengahan Disember. Bukan Maharaja Lawak Mega 2014 nampaknya.

View the original article here

No comments:

Post a Comment