Friday 24 October 2014

MENARIK!!! Gambar Puteri Diana Semasa Muda Remaja Dilelong


MHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yg meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.

Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles.

Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini.

Tarikh yg terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981.

Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin.

Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren.

Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain.

Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu.

Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yg berada di sebelah Diana.

Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu.

Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell.

Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin.

Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996.

Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997.

Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment