Thursday 30 October 2014

OH HANEZKU!!! Hanez Suraya Disingkir Terus Dari Produksi Telefilem?



Baru baru ini media ada melaporkan berita gembira yg mana pelakon kontroversi Hanez Suraya kini sudah diterima kembali berlakon dalam sebuah telefilem selepas beberapa bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon kerana, ya kontroversi lama.

Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram beliau, ramai peminat yg tidak sabar menonton kembali kelibat Hanez Suraya di televisyen menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar
namun ada pula berita kurang gembira diterima.
Hanez Suraya telah diganti oleh pelakon lain untuk watak yg sepatutnya beliau lakonkan.

“Sebenarnya saya sudah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak yg saya bawa akan digantikan dengan pelakon lain”



“Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tidaklah perlu saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” ujarnya kepada Kosmo!.

Betul seperti kata beliau, masih belum ada rezeki nampaknya untuk pelakon ini kembali beraksi di kaca televisyen dan mungkin sampai masa untuk beliau meninjau pasaran Indonesia pula seperti saranan seorang penerbit drama. Hmm.

View the original article here

No comments:

Post a Comment