Friday 31 October 2014

PELIK YE!!! Kerana Terlalu Sayangkan Anaknya, Ibu Ini Sanggup Gantikan Tempat Anaknya Di Penjara


Kerana kasihkan anak, seorang ibu sanggup sukarela menggantikan anaknya yg sedang dipenjara kerana menghina Presiden Indonesia yg baharu Joko Widodo.

Jika dibenarkan pihak berkuasa, wanita itu Mursidah, 49, mahu menggantikan anaknya Muhamad Arsyad, 23, kerana anaknya itu merupakan tulang belakang kepada keluarga mereka.

“Bapak presiden, saya mohon maaf atas tindakan anak saya. Tolonglah bebaskan dia. Jika perlu, tukar saja saya dengan dia,” katanya.

Dia turut menunjukkan kad pengenalan diri anaknya, Muhamad Arsyad.

Anaknya itu ditahan polis Indonesia sejak 23 Oktober lalu kerana status yg dimuatnaik di laman Facebook didapati menghina Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Antara lain, dia memuat naik gambar lucah dan mengaitkannya dengan presiden ketujuh Indonesia itu.

Menurut peguam anaknya, Muhamad yg hanya bekerja sebagai tukang cucuk sate mungkin terikut-ikut dengan kehangatan pilihan raya presiden ketika itu.

Wanita itu berkata, sejak anaknya ditahan, tiada lagi sesiapa dalam keluarga bekerja sebagai pencari nafkah tambahan pula dua adik Muhamad masih bersekolah iaitu Riskiyah, 13 dan Apriana, 10.

“Mereka kini makan nasi cuma berlauk kicap,” katanya.

Mursidah cuma bekerja sebagai pengupas bawang di Pasar Kramat Jati, manakala suaminya, Saprudin, 50, adalah buruh binaan.

View the original article here

No comments:

Post a Comment