Tuesday 7 October 2014

Selfie bukan punca nahas - Ahli keluarga


IPOH 5 Okt. - "Selfie bukanlah punca kemalangan."
Demikian tegas anggota keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 256, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora dekat sini, yang mengorbankan dua beranak, Noor Hayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, semalam.

Anak saudara kepada Noor Hayati, Mohamad Hafizan Rosli, 27, berkata, kejadian yang berlaku itu adalah suatu takdir dan bukan berpunca daripada tindakan pemandunya yang juga anak mangsa, berselfie sambil memandu.
Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada sebuah treler yang dipandu laju di bahagian kiri jalan dan melanggar sebuah treler lain sehingga terbabas dan menyeret kereta mangsa di hadapannya, justeru, tiada kena mengena dengan perbuatan tersebut.
"Saya kesal kerana gambar pemandu kereta yang juga saudara saya, berselfie dengan ahli keluarga, menjadi viral di media sosial dan dikatakan sebagai punca kepada kemalangan tersebut.

"Mereka yang tidak tahu keadaan sebenarnya tidak patut membuat ulasan sedemikian.
"Malah gambar selfie itu diambil ketika mereka sekeluarga baru bertolak dari rumah di kawasan Bukit Beruntung dan bukannya di tempat kemalangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beberapa keping gambar anak Noor Hayati, Yusriman berselfie semasa memandu sebelum kemalangan, menjadi viral di Facebook selain mendapat komen negatif daripada sebahagian pengguna media sosial dengan ada yang menyalahkan perbuatan tersebut sebagai punca kemalangan.
Dalam kemalangan itu, Yusriman cedera ketika mereka menaiki Proton Saga BLM untuk pulang berhari raya di Kampung Chain, Lenggong. Turut cedera abangnya, Yusrizal, 25, dan adiknya, Siti Yusliana, 12.
Jenazah kedua-dua beranak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chain, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Menurut Mohamad Hafizan, komen negatif di Facebook telah menggores hati keluarga mangsa dan tidak sepatutnya berlaku pada saat mereka dirundung kesedihan.
Katanya, dia tidak mahu menjawab komen-komen negatif itu sebaliknya meminta mereka mendoakan yang baik untuk arwah.
"Janganlah menyalahkan sesiapa dan memberikan komen yang tidak baik.
"Mereka ini harus ingat hari ini mungkin kejadian ini kena pada orang lain, tapi mungkin suatu hari nanti akan berlaku pada diri mereka sendiri," katanya.

View the original article here

No comments:

Post a Comment