Thursday 16 October 2014

Wanita Cantik Ini Suka Makan Bangkai Haiwan

Tidak ada orang di dunia ini yang gemar memakan bangkai. Jangankan memakan, mencium baunya saja pasti anda akan lari jauh. Namun, perkara itu tak berlaku bagi seniman ini. Ini kerana, wanita bernama Elle Kaye mengaku bahawa ia hobi memakan bangkai.

Kedengaran aneh, tapi Elle tak peduli soal umpatan orang ramai atas perilakunya yang tak wajar. Wanita cantik yang pernah mendapat pendidikan di Loughborough University ini sudah terbiasa memakan daging haiwan mati yang hendak ia jadikan karya seni.

Perlu diketahui, Elle semasa ini berkerjaya sebagai Taxidermya. Ini merupakan cabang kesenian di mana haiwan-haiwan yang sudah mati dipelihara dan dijadikan hiasan.

Biasanya, Elle mengambil bangkai haiwan yang mati kerana sakit atau kemalangan kenderaan di jalan raya. Lantaran merasa kasihan, Elle akhirnya memakan bahagian badan haiwan yang sudah mati tersebut. Elle mengambil bahagian daging yang masih segar dan membuang organ serta sisa daging yang sudah busuk. Sementara kulit dan kepala haiwan akan dijadikan hiasan.
Elle menyatakan, tindakannya memakan daging bangkai haiwan itu adalah satu bentuk tindakan kitar semula dan usaha untuk mengurangkan sisa.

"Bagi saya, itu adalah pilihan gaya hidup. Sebagai pemakan daging, tidak ada alasan untuk membuang daging yang masih layak dimakan. "Ujar Elle

Bagi Elle, tindakannya itu sangat bijaksana kerana ia boleh memastikan bahawa semua bahagian badan haiwan yang mati akan bermanfaat.

Akibat tindakanya itu, Elle pun menuai kontroversi. Tidak kurang orang yang memberikan kritikan atas perilaku Elle. Walaupun demikian, Elle mengaku jika kebiasaan makan bangkai bukan lantaran ia kejam terhadap binatang.

Elle justru sangat menyayangi haiwan. Sejak kecil, Elle bercita-cita menjadi doktor haiwan. Itulah sebabnya, Elle kerap melibatkan haiwan yang telah mati dalam karya-karya seninya.




View the original article here

No comments:

Post a Comment