Monday, 6 October 2014

Zikir, selawat taruhan Al-Manna



KUMPULAN Al-Manna tampil dengan lagu berkonsepkan zikir dan selawat.

ATAS tekad untuk mengembalikan zaman irama nasyid yang kini semakin kekurangan pelapis, kumpulan Al-Manna muncul untuk mewarnai persada muzik tanah air.

Bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk bersaing, Al-Manna yang dianggotai Firdaus, Fahimi, Shah dan Mior baru-baru ini telah melancarkan album sulung mereka berjudul Selawat Kita Semua.






Berbekalkan pengalaman di bangku sekolah, Al-Manna yakin langkah pertamanya itu akan diterima baik oleh penggemar muzik tempatan dalam menyalurkan dakwah serta nasihat menerusi lagu-lagu nyanyian mereka.

Sebagai kumpulan baharu, Al-Manna tekad untuk mengetengahkan lagu berunsur kerohanian sebagai percaturan pertamanya.

Mengetengahkan zikir dan selawat sebagai taruhan melodi utama dalam album Selawat Kita Semua, ia sememangnya menjadi resipi utama Al-Manna dalam menarik tumpuan pendengar masa kini.

Selain single berjudul Selawat Kita Semua, terdapat beberapa buah lagu yang mudah dihadam serta memberi pengertian bermakna kepada seseorang.




Antaranya Cinta Allah, Sahabat, Zikir Pagi Hari, Cinta Allah Sayang Allah dan Qasidah Subhanallah feat Bazli UNIC.

Al-Manna yakin pertaruhan single pertama berjudul Selawat Kita Semua yang dihasilkan Bazli UNIC itu akan mendapat perhatian daripada pendengar tempatan.

Lagu hasil nukilan Bazli itu pastinya menjadi karya yang mampu menaikkan nama Al-Manna di persada seni tanah air.

Melodi yang mengajak pendengar untuk sama-sama berselawat ke atas Rasulullah SAW pastinya memberikan seribu ganjaran pahala kepada setiap individu yang mengalunkannya.

Lagu-lagu yang ringkas serta sedap didengar ini nyata menyuntik idea segar dalam mendidik golongan kanak-kanak sehingga dewasa untuk menerima genre nasyid yang semakin hilang popularitinya.

Album Al-Manna edaran Al-Manna Solution sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM15.90.

View the original article here

No comments:

Post a Comment