Wednesday 5 November 2014

ARTIS!!! Respon Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza isu penceraian Siti Saerah

Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, pastinya perceraian menjadi perkara yg mahu dijauhi.

Tetapi siapa yg mampu melawan kehendak takdir, andai perceraian juga menjadi penyelesaian terakhir dalam sebuah perkahwinan.

Baru-baru ini tersebar cerita kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Saida, Siti Sairah dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di mahkamah di Kuantan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak.

Ketika ini, Sairah belum mengulas berita berkenaan. Cuma di laman Instagram miliknya, Sairah ada menitipkan coretan terima kasih kepada yg mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi.

Katanya lagi, setiap yg berlaku ada hikmahnya.


Sementara itu, BH Online dihubungi Saida sebentar tadi berkata, sebagai kakak, dia pernah melalui apa yg dialami adiknya itu. Saida sudah tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal.

"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yg kita nak elak.

"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yg tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat,"
katanya.






 

View the original article here

No comments:

Post a Comment