Sunday 2 November 2014

GEMPAR!!! 7 Foto romantik Hafiz Suip dan kekasih bercuti di Perth, Australia

Baru baru ini ada muncul khabar angin yg mengatakan Hafiz Suip telah terbang bercuti ke Perth di Australia bersama kekasihnya. Bertemu penyanyi ini di sidang media Konsert LIVE Kris Dayanti semalam, beliau tidak menafikan perkara itu.

“Sebenarnya saya pergi ke sana bercuti sambil bekerja. Tujuannya adalah mengikuti ayah (kekasih) melawat projek yg diusahakan di sana. Sambil itu juga kami menyambut ulangtahun kelahiran ibunya (Kekasih) di sana sekali. Selama 4 hari berada di sana,” jelas Hafiz Suip.

Nyata Hafiz Suip bukan pergi berdua sahaja dengan kekasihnya itu seperti yg didakwa beberapa sumber namun jika sudah diundang bercuti bersama bakal keluarga mertua, bilakah agaknya bakal berlangsung majlis perkahwinan penyanyi popular ini?

Hafiz Suip berkata tiada sebarang tarikh atau persiapan yg dilakukan ke arah perkahwinan atau pertunangan. Baginya biarlah kekasihnya itu menamatkan pembelajarannya sekitar tahun 2016 dan bergelar seorang akauntan. Mungkin akan bertunang pada tahun hadapan.

“Saya tak mahu mengganggu privasinya dia. Biarlah dia habiskan pelajaran dia dahulu dan apabila dia sudah bersedia barulah kita akan ke peringkat yg seterusnya. InshaaAllah akan bertunang pada tahun hadapan. Sekiranya jodoh sudah sampai saya sudah bersedia,” ujarnya.




















 


View the original article here

No comments:

Post a Comment