Thursday 6 November 2014

PANAS!! Watak Lelaki Sotong Sharnaaz Ahmad Tidak Menjadi


Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan watak lelaki lembut yg dilakonkannya menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong bukanlah satu kegagalan walaupun banyak pihak mempersoalkan karakter itu yg dianggap tidak menjadi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia telah melakonkan watak tersebut sebaik mungkin namun mengakui terdapat sedikit kelemahan yg perlu diperbetulkan.


Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yg bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yg belum pernah saya bawa.

Dan saya melakonkan watak itu selembut yg mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu, katanya yg dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak berkecil hati dengan sebarang komen berbetuk kritikan terhadap lakonannya itu memandangkan ia merupakan watak lembut yg pertama dilakonkannya.


Saya terbuka dengan setiap komen yg diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.

Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yg dibawa itu, ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yg mula popular menerusi drama Dottie itu bersyukur apabila Suamiku Encik Sotong mendapat rating tinggi iaitu sebanyak 1.3 juta tontonan pada episod pertama ia disiarkan.


Saya gembira apabila ia mendapat respons yg sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu, tuturnya.

Selain Sharnaaz, Suamiku Encik Sotong turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin.

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment