Sunday 9 November 2014

WOW!! 6 Foto fesyen rambut Nora Danish di ASK 2014 paling memukau

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yg berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam Jumaat. 



Drama yg diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.

Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yg tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.






Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.






Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.






Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman - PORTAL BUDIEY










 


View the original article here

No comments:

Post a Comment