Showing posts with label Azman. Show all posts
Showing posts with label Azman. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

PERHH!!! 7 Foto percutian menarik Eina Azman dan suami di Australia

Oh..tidak! Gold Coast yg kami maksudkan di headline tersebut bukanlah yg berada di Morib tu ya, tapi yg nun berada jauh di bumi Australia.

Sudah tentulah Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akan bercuti di luar negara kan? Punyalah banyak duit sampai tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya. Hehe.

Mana taknya, seingat kami Eina dan suami baru sahaja pergi berbulan madu di pulau idaman semua orang, Pulau Maldives setelah majlis perkahwinannya selesai. Sekarang ni dah pergi trip ke Gold Coast pula. Syok laaa…

Sweet gila foto mereka ni! Agaknya suami-suami pembaca  pun seromantis Dato’ Gmix tak? Silap haribulan, bergambar bersama pun mereka dah tak mahu.


Tapi, kali ini mereka bukan melancong secara berdua sahaja, tetapi turut ditemani oleh selebriti yg tak kurang panasnya, Rebecca Nur Islam dan beberapa orang lagi.

Anda nak tahu apa yg lebih menarik? Rata-rata peminat mengatakan bahawa pelakon cantik ini berisi sedikit dan menyangka bahawa Eina sedang hamil.

Kalau masin mulut mereka, maka Eina kenalah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu mithali. Huhu. Kami pun tak sabar nak tengok anak berdarah campuran antara Eina dan Dato’ Gmix. Boleh beat anak Che Ta dan Awal Ashaari tak rasanya?



 


















 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Eina Azman: Saya tak seksi!


Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.

PELAKON tinggi lampai ini tampak sangat menghormati pendirian suami setelah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, Ogos lalu.

Pernah membuat kenyataan mengenai nasihat suaminya yang mahukan dia berpakaian lebih sopan selepas berkahwin, empunya nama Ainur Syakina Azman ini mengakui ia tidak sukar untuk direalisasikan sementelah dia bukanlah seorang yang sering berpakaian seksi.

Lebih dikenali sebagai Eina Azman, bintang Selamat Pengantin Madu ini tiba-tiba menjadi tumpuan gara-gara penampilannya di majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.






Berkesempatan mendapatkan respons Eina mengenai perkara itu, bicaranya, dia tidak menganggap pakaian yang dikenakan itu seksi berbanding yang pernah dipakai oleh selebriti lain.

“Selagi baju tersebut tidak mendedahkan dada, bagi saya ia tidak seksi. Lagipun setiap kali mahu keluar, saya akan mendapatkan keizinan suami mengenai penampilan saya.

“Saya hanya pakai dan buat apa yang dia suka sahaja. Saya rasa lebih ramai artis yang seksi berbanding saya,” katanya dan berkata perkara tersebut bukan isu besar kepadanya.

Menurut pelakon berusia 19 tahun ini, sebagai manusia biasa, dia juga melakukan kesilapan.

“Yang penting saya menjaga hati suami. Apa yang terbaik untuknya, baik juga untuk saya,” ujarnya yang lebih selesa berdiam diri dan tidak mengambil pusing pandangan orang lain terutama di laman sosial.

Dalam pada itu, Eina bakal muncul menerusi drama bersiri RTM, iaitu Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.



View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

[10 Gambar] Eina Azman Sah Bergelar Isteri, Chevrolet Camaro Jadi Hantaran

[10 Gambar] Eina Azman Sah Bergelar Isteri, Chevrolet Camaro Jadi Hantaran | Tu diaa....bertemakan Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam semalam.


Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini. Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.


Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya. Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.


Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini.


Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.







sumber
http://beautifulnara.com/eina-azman-terima-wang-hantaran-rm77000-sebuah-kereta-chevrolet-camaro/

View the original article here