Showing posts with label BALIK. Show all posts
Showing posts with label BALIK. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Lana Nordin Dah Balik Ke Perangai Lama?

Lana Nordin Dah Balik Ke Perangai Lama? | Kisah cinta tak kesampaian dan simpati seolah dirinya dipermainkan menjadikan Lana Nordin menerima simpati ramai peminat setelah putus cinta dengan pelakon Johan Asari.

Lana Nordin Dah Balik Ke Perangai Lama?

Malahan, selepas episod malang itu berlaku Lana bersama rakan artis Lisdawati masih sempat menunaikan umrah bersama.


Ramai peminat mengharapkan selepas kembali dari mengerjakan umrah, Lana akan terus istiqamah dengan penampilannya yang dikatakan enggan lagi menyeksi.

Lana Nordin Dah Balik Ke Perangai Lama?

Namun menerusi perkongsian gambar daripada rakannya ini dapat dilihat aktres ini masih lagi tampil seksi dan menggoda sama saja seperti imejnya atau perangainya sebelum ini.

Apakah ini yang Lana mahu pamerkan/tunjukkan sebenarnya?

sumber
http://mynewshub.my/main/2014/09/02/lana-nodin-kembali-seksi-lepas-balik-umrah/

View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

NUR LIYANA (Isteri kekasih Hanez Suraya) TARIK BALIK PERMOHONAN FASAKH

type='html'>
Romie Razin dan Nur Liyana

KLANG - Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.


Berita terdahulu

"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.

Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.

"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.

"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.

Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan.


Sinar Harian



View the original article here