Showing posts with label Berani. Show all posts
Showing posts with label Berani. Show all posts

Friday, 14 November 2014

OH ARTIS!!! Agnes Monica Berani Dalam Klip Video Coke Bottle?


Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yg telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yg pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ ini.

Namun yg menarik perhatian kami, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah (maaf cakap yer).

Tetapi, yg membuatkan ianya menjadi sebutan ramai adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian put*ng beliau.

Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.

Walau sudah diajukan soalan, Agnes seperti tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.

Lihat klip video ini..



 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

HABIS ROSAK!!! Pengakuan Berani Mati Playgirl: Mulanya Sakit Tapi Bertukar Nikmat




USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela

oleh 30 lelaki yg dikenali di FB.



Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku

pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.



Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki 

seperti rakan lain yg berwajah cantik tetap menebal dalam diri.



Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yg mahu mengenali dirinya, dia 

menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.



Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula

mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.



Bukan tiada yg menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan 

hanya ikut kepala sendiri.



“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama 

di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas 

dan benci dengan sikap penyibuk mereka.



“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 

(SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan

 dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.



Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal 

sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di 

hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yg dikenali melalui fb membuatkan

dia terus hanyut.



“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak

memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa 

datang silih berganti untuk menemani.



“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu 

setiap lelaki yg mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan 

masalah besar,” katanya.



Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga 

ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.



“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yg 

mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yg 

mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.



“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah

 mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan,

 akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.



Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan

sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya

dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.



“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan 

perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yg kini menghidap ketumbuhan 

di rahim. 



-

View the original article here

OH MELAYU!!! Pendedahan Berani Mati Nani Pasti Akan Mengejutkan Ramai !




Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya 

kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari 

segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya 

percaya dia teman lelaki baik.



Perkara yg memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu,

dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, 

setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur. 



Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-

jawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.

Dia kesal tewas kepada godaan nafsu. 



Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya

keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk

mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.



Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan

saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. 

Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas

teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.



Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap 

saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai 

tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan

keluarga saya mengenai kesilapannya. 



Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada 

polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.

Bantulah saya Dang Setia. 



NURYIL 

Lendu, Melaka 



Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai 

masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati 

emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan

semasak-masaknya dalam isu ini. 



Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap 

langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika

keputusan diambil. 



Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan 

Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas

kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya. 



Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari.

Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh 

mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada

polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit? 



Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas

kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari 

kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia.

Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban 

kehormatan tercalar itu terhadap saudari. 



Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun

layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat 

pilihan.



 


View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Aksi Berani Mati, Babi Terjun Dari Lori Yang Begerak

Aksi dramatik seekor babi melarikan diri dengan terjun keluar dari trak yang bergerak.
Babi itu dilihat berusaha memanjat pagar yang penghadang untuk melarikan diri ketika diangkut oleh sebuah lori di Foshan, Wilayah Guangdong di selatan China.

Tetapi cubaan babi tersebut yang cuba lari dari di jadikan lauk telah gagal walau pun selamat ketika terjun dari lori tersebut kerana perbuatannya di sedari oleh pemandu tersebut.

!!Malang la nasib kau babi..




View the original article here

Friday, 6 June 2014

AKSI BERANI WANITA MEMBACA SAMBIL MEMANDU DENGAN KELAJUAN 113 KM SEJAM

type='html'>
AKSI berani mati seorang pemandu wanita yang membaca sambil memandu kereta di salah sebuah laluan paling sibuk di Britain dikecam banyak pihak.

Menurut Daily Mail, wanita tersebut dilihat bersendirian memandu kereta jenis Nissan Micra pada kelajuan 113 kilometer sejam di Leicestershie sambil khusyuk membaca buku yang diletakkan pada stereng pada minggu lalu.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Stonham turut mengambil gambar pemandu itu menggunakan telefon bimbitnya.

"Tindakan wanita itu sememangnya di luar jangkaan kerana kebiasaannya, saya melihat orang makan atau mengenakan alat solek sambil memandu. Perbuatannya tidak dapat diterima dan tanpa disedarinya boleh membawa maut," katanya.

Susulan daripada insiden tersebut, kempen keselamatan jalan raya bertindak menggesa pihak berkuasa mengenakan denda lebih tinggi terhadap mana-mana pemandu yang melakukan pelbagai perkara pada suatu masa.

Sumber



View the original article here

Monday, 2 June 2014

4 Gambar Kesalahan JPJ Di Atas Jalan..Sapa Berani Saman?




4 Gambar Kesalahan JPJ Di Atas Jalan..Sapa Berani Saman?

Ini undang mak bapak keturunan mereka yang punya…undang2 zimbabwe agaknya yang diguna pakai 
JPJ untuk potong di double line…kalau rakyat bawahan buat macam ni..pantang nampak je saman…


jpj2

Agaknya pemandu JPJ ni cacat atau OKU lah..sebab itu paking di kawasan OKU…mungkin juga pemandu JPJ ni seorang yang buta..sebab itu paking 2 petak…
jpj3
Ni abang JPJ helmet dan kepala sama level…kepala dia keras dalam ada batu…JPJ tak pakai helmet tak apa..halal…xde sapa yang marah…
jpj4
Ni testing je…bagi rakyat yang salah paking kena lah kunci…abang JPJ ni saja buat kereta sendiri…tolong jangan fitnah salah paking ok..
JPJ ingat..jalan ni mak bapak datuk nenek moyang mereka punya agaknya…kesalahan orang lain cepat aje dia nampak..diri sendiri salah sapa nak saman?

View the original article here