Showing posts with label Bercakap. Show all posts
Showing posts with label Bercakap. Show all posts

Monday, 3 November 2014

MENARIK!!! Yusof Haslam Bercakap Dengan Jin?


Hasrat penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yg popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Memetik laporan di mStar online, Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.


Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan, ujarnya.

Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yg terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti.

Disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat.


Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yg jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya, ujar Yusof.

Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi.

Diarahkan oleh pengarah Londo Zawawi dan C. Kumaresan, 'Bercakap Dengan Jin' adalah kisah benar yg dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Selain Rahim, pelakon lain yg turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose.

 


View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Shiha (Mentor) Langgar Pantang Dilarang Bercakap



Penyanyi Shiha (Mentor) tetap berdegil mahu meneruskan persembahannya pada Konsert Chow Kit Road 2.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam Sabtu (hari ini) biarpun dimarahi doktor kerana melanggar pantang akibat penyakit Laryngitis (keradangan kotak suara).

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 27, berkata, dia sepatutnya tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari, namun terpaksa meneruskan persembahan memandangkan dia sudah berjanji dengan pihak penganjur.






"Sepatutnya saya perlu berehat dan tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari.

"Tetapi dah ada urusan kerja, nak tak nak saya perlu melakukan persembahan pada konsert itu nanti.

"Sampaikan doktor saya marah kerana tidak ikut pantang. Kata dia, kalau pesakit lain, dah sembuh dah, tetapi saya tak sihat-sihat lagi," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Isnin lalu, Shiha telah dimasukkan ke wad Pusat Pakar KPJ Ampang Puteri selepas didapati terkena penyakit Laryngitis.


Shiha turut memuatnaik foto-foto sepanjang dia ditahan di hospital menerusi Instagram miliknya.

Menurut penyanyi lagu Halusinasi ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang.

Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0.




Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya.

"Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini.

"Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama," ujarnya.

View the original article here