Showing posts with label Bertunang. Show all posts
Showing posts with label Bertunang. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

TAHNIAH!!! Hafiz Suip Merancang Untuk Bertunang Tahun Hadapan


Penyanyi terkenal iaitu Hafiz Suip mengakui bahawa beliau merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yg hanya dikenali sebagai Fy pada tahun hadapan. Pun begitu, Hafiz yg merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia 7 itu berkata dia belum punya tarikh tertentu untuk dimaklumkan.


Si dia masih lagi berlajar dan saya hormat privasi dia untuk dia habiskan pengajiannya dalam jurusan perakaunan. Dia pun baru berumur 22 tahun. Malah dia akan tamat pengajian pada 2016. Kami memang serius dan InsyaAllah kami akan bertunang dulu.

Perancangannya dalam tahun hadapan, katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Krisdayanti (KD) Live in KL 2014 bertempat di hotel Royal Chulan.

Meskipun Hafiz merasakan ianya satu keputusan yg awal untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya memandang usianya dan kekasih masih muda, namun Hafiz akui dia sudah bersedia untuk memikil komitmen untuk berumahtangga jika jodohnya sudah tiba.


Kahwin ini perkara yg baik dan jika ianya dipercepatkan secara tidak langsung boleh mengelak maksiat dan perkara yg tidak baik.

Saya berserah sahaja, kalau ada jodoh, saya sudah bersedia berkahwin pada usia muda, luahnya lagi. Hafiz telah dipilih menjadi artis jemputan untuk konsert tersebut yg akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 22 November ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pemilihan Hafiz dibuat berdasarkan undian yg dijalankan menerusi laman Facebook pihak penganjur iaitu One Drop Perfumes dan lebih 22,000 peminat memilih Hafiz untuk digandingkan bersama Kris Dayanti. Semoga apa yg telah Hafiz rancangkan akan berjaya beliau laksanakan.

 


View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Anak Tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini Selamat Bertunang



Anak tunggal kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor gigi iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi ,28.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ayahnya, Ali Bakar, 60.

Menurut Ali Bakar, dia berasa bersyukur kerana anaknya itu telah bertemu dengan pilihan hati dan mendoakan yang terbaik buat mereka.






“Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan)… Saya bersyukur kerana Aliff sudah bertemu dengan wanita pilihannya.

“Maaf, saya tidak dapat bercakap panjang kerana ia adalah atas permintaan Aliff sendiri… Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.” Katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Majlis pertunangan itu berlansung secara sederhana pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.

Ibu tiri Aliff, Zalinda Haron telah menyarungkan cincin ke jari Nur Athirah.

Terdahulu, pasangan ini mula berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.

Tahniah diucapkan kepada Aliff Omar.



View the original article here

Monday, 16 June 2014

Selamat Bertunang, Amir (Raja Lawak) Kahwin Tahun Depan

  Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak. 


Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.mstar.com.


View the original article here

Monday, 2 June 2014

Ana Dahlia Terperangkap, Gagal Sorok Status Sudah Bertunang


Hasrat pelakon Ana Dahlia untuk menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda tidak berjaya, apabila dia 'terperangkap' dengan jerat sendiri selepas pengacara malam Hari Ibu anjuran Rafflesia, di Hotel Royal di sini pada malam Rabu lalu mengumumkan, pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.

Malah pengacara tersebut turut memperkenalkan pemuda yang dikenali sebagai Ubaidullah itu sebagai tunang kepada Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31.

Peristiwa itu meleraikan segala tanda tanya dan penafian Ana selama ini yang mendakwa hubungannya dengan pemuda berkenaan sekadar kawan biasa walaupun gambar-gambar kemesraan percutian mereka bersama teman ke Thailand beberapa bulan lalu hangat diperkatakan.
Ana mengakui selesa berkawan dengan Ubaidullah kerana jejaka itu sangat mengambil berat tentang dirinya.
 Bagaimanapun, Ana ketika ditemui pemberita sebelum acara Hari Ibu itu bermula menafikan khabar angin tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya dia benar-benar bakal berkahwin.

"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.

"Buat masa ini tiada pengumuman yang ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada mStar Online sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.

Bukan sahaja pengumuman berkenaan malah status Ana Dahlia yang merupakan tunangan orang turut dicatatkan dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan.

Ana mengakui keluarga kekasihnya itu ada datang berjumpa dengan keluarganya untuk merisik.
 Walaupun menafikan sudah bertunang atau bakal berkahwin, Ana Dahlia hanya mengaku keluarga Ubaidullah sudah datang berjumpa keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini untuk merisik tanpa menetapkan sebarang tarikh pertunangan atau perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan Ana memberitahu dia telah lama mengenali Ubaidullah yang tinggal sekampung dengannya namun hubungan mereka rapat sejak setahun yang lalu.

Jelas Ana, dia selesa bersama pemuda itu dan menyifatkan Ubaidullah seorang yang mengambil berat dan berfikiran matang selain mampu membimbingnya daripada sudut agama Islam.

Nama Ubaidullah disebut sebagai tunang Ana dalam lampiran kenyataan media yang diberikan kepada pihak wartawan.

"Meskipun jarak umur kami berbeza tujuh tahun tetapi dia seorang yang matang dan amat menitikberatkan tentang hal agama dan itu membuatkan saya selesa dan tertarik dengannya," ujar Ana.

Ana Dahlia yang merupakan pesreta Pilih Kasih musim pertama dan pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada November 2012 hanya selepas 11 bulan berkahwin.

mStar Online turut menghubungi Ana Dahlia pada Khamis malam untuk mengesahkan statusnya itu tetapi panggilan telefon dan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.mstar.com.

View the original article here