Showing posts with label Bulan. Show all posts
Showing posts with label Bulan. Show all posts

Friday, 14 November 2014

MASHAALLAH!!! 3 Bulan Lepas Damia ‘Pergi’, Ayah Cerita Kisah Sedih Otak Damia Terkeluar Didera Pengasuh




2

Tatkala umat Islam masih dalam keriangan menyambut Aidilfitri, seorang bayi perempuan koma setelah menjadi mangsa tindakan pengasuh seperti didakwa ibu bapanya.

Ayah kepada anak malang ini, Mohd Naqudden Zakaria tabah menghadapi ujian Allah ini. Tiada lagi titisan air mata membasahi pipi kerana mereka redha dan ketentuan-Nya.

“Masih terbayang keletah Mia. Biasanya apabila saya balik sahaja kerja, Mia merangkak menuju ke muka pintu menyambut saya. Tengok sahaja permainan Mia, katil Mia, saya mula berasa sedih. Tetapi selama mana saya harus bersedih. Mia telah tiada lagi dalam hidup kami,”; kata bapa muda ini.

Akui Ani pula, dia tetap berasa ralat. Andai anaknya itu sakit, dia masih berkesempatan untuk menjaganya. Berbeza pula dengan situasi yg dialaminya.

Anak yg ditinggalkan sihat sebelum dia ke tempat kerja, diterimanya pula dalam keadaan yg berbeza. Sungguh hatinya pilu mengenang kejadian yg menimpa satu-satunya permata hatinya itu, apatah lagi bayinya itu baru tiga bulan di bawah jagaan pengasuh.

“Daripada lahir hingga usianya 11 bulan, saya yg menjaga Mia. Setelah melahirkannya, saya membuat keputusan tidak bekerja kerana mahu menjaga sendiri Mia, apatah lagi terlalu banyak berita kematian bayi seperti tersedak susu akibat kecuaian pengasuh atau didera.

“Namun apabila saya membuat keputusan mula bekerja kerana perbelanjaan keluarga yg semakin bertambah, kejadian yg saya takutkan itu benar-benar terjadi kepada saya. Ya Allah… hanya itu yang dapat saya luahkan,” ujar Ani sayu.

3

Menceritakan kejadian yg berlaku pada 7 Ogos itu, ujar Ani, sudah menjadi kelaziman suaminya menghantar Damia ke rumah pengasuh pada jam 10.30 pagi. Begitu juga pada hari tersebut.

“Waktu bekerja saya tamat pada jam tujuh petang. Biasanya lebih kurang 10 minit kemudiannya, barulah saya mengambil Mia. Tetapi pada hari itu, ketika saya sedang bersiap sedia untuk pulang, pengasuh menelefon memberitahu anak saya jatuh kerusi ketika tidur.

adik nuraini

“Saya bertanya kepadanya sama ada Mia menangis dan dia mengatakan Mia menangis sekejap iaitu setelah terjatuh. Kebetulan suami belum datang menjemput saya dan saya terus menelefonnya untuk terus ke rumah pengasuh di tingkat 17,” ceritanya.

Sambung Naqudden yg lebih senang dipanggil Joe, sebaik tiba di rumah pengasuh, pengasuh tersebut menyuruhnya membawa Damia ke hospital. Melihat keadaan anaknya yg lemah, Joe meminta jiran sebelah rumahnya yg dikenali sebagai Cik Nab untuk memegang Damia sementara dia memandu.

“Ketika itu bunyi pernafasan Mia keruh, matanya terbeliak, tubuhnya lembik dan kebiruan. Saya dapat rasakan kakinya sejuk.


Luka memang tidak ada, begitu juga darah. Cik Nab nasihatkan saya agar jangan kelam-kabut dan saya dengar dia asyik beristighfar. Saya kemudiannya mengambil Ani di pejabatnya dan terus menuju ke hospital.


“Selesai pemeriksaan, doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala Mia. Doktor bertanya punca dan setelah diberitahu perkara yang berlaku, doktor mahu berjumpa pengasuh. Saya minta adik ipar mengambil pengasuh. Ketika bertemu dia langsung tidak bercakap dengan kami selain hanya meminta maaf. Saya membuat laporan polis dan pada jam 11 malam, pembedahan segera dilakukan,” kata Joe lagi.

Lebih dua jam menanti, ujar Joe, doktor memaklumkan bahawa terdapat kesan retakan panjang pada tempurung kepala dan berlaku pendarahan pada otak. Kesannya seperti dilanggar kereta. Pembedahan itu dianggap gagal kerana tidak ada apa-apa yg boleh dilakukan doktor. Otak Mia telah mati separuh dan Mia koma.

“Doktor kata Mia bergantung sepenuhnya kepada mesin hayat. Saya memang tidak dapat terima apa yg berlaku kepada Mia dan saya asyik menangis sahaja sehingga kerap diberi kaunseling.

“Keluarga meminta saya redha. Susahnya untuk saya berhenti bersedih kerana setiap kali memandang wajah Mia, sayu rasa hati saya.

Mangsa dera meninggal dunia

“Pada hari kelima, otak Mia sudah terkeluar. Sehinggalah pada hari keenam Mia koma, doktor mencadangkan agar mesin dibuka kerana otak Mia telah mati sepenuhnya.

“Saya pangku Mia, saya mengucap kalimah syahadah di telinga dan meminta maaf kepadanya. Mia telah pergi buat selama-lamanya dalam hidup saya dan suami.

“Waktu itu barulah saya dan suami sedar sikap Mia yg begitu berbeza pada malam Khamis itu.

Adik ipar saya sendiri hairan dengan sikap Mia yg berlainan dan kerap kali memandangnya dengan muka yg sedih. Sedangkan selama ini dia suka bermain dengan pakciknya itu.

“Ketika hendak tidur pula Mia mahu baring di atas lengan saya. Dia gelisah. Dia juga menarik baju saya hingga tidak mahu melepaskan.

“Kami berdua layankan sahaja kehendaknya walaupun timbul rasa pelik dengan sikapnya yg sangat manja. Rupa-rupanya itulah petanda dia mahu pergi jauh daripada kami,” katanya dalam nada suara yg lemah,” ceritanya.
sumber


View the original article here

LUCU!! Padah Tipu Guna Air Kencing Bini, Lelaki Disahkan Hamil 2 Bulan Semasa Ujian Air Kencing..




KAHERAH – Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan da dah baru-baru ini.



Lelaki itu yg tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan pengambilan dadah.



Akhbar Mesir melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yg keliru dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”



Lelaki itu akhirnya mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan tersebut yg biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk memandu terlalu lama.



Pihak berkuasa pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama diamalkan tanpa dikesan.



Penggunaan dadah di Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah yg mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.



Dianggarkan kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat cukup rehat. – Agensi

 


View the original article here

Sunday, 26 October 2014

Perubahan Mengejutkan Pada Lelaki Ini Selepas Berjalan Selama 5 Bulan

Bekas seorang tentera 'Gary' baru sahaja menyelesaikan perjalanannya selama 5 bulan, sejauh dua-ribu kilomiter dari Georgia ke Maine "Banjaran Appalachian".

Anda boleh membaca peristiwa seluruh cerita beliau di blognya 'wheresthenextshelter, "tetapi apa yang paling mengejutkan adalah perubahan pada wajah dan badan selepas selama lima bulan melakukan perjalanan mendaki Banjaran Appalachian.

Gambar beliau sebelum dan selepas:


View the original article here

Friday, 24 October 2014

OH HANEZKU!!! Hanez Suraya Kini Kembali Setelah 6 Bulan Digam Stesen TV


Alhamdulillah, Kalau dah rezeki tak ke mana. Secara jujur, sedih juga apabila membaca luahan hati Hanez Suraya mengenai dirinya yg digam oleh stesen televisyen.

Apabila ada penerbit mencadangkan namanya untuk drama, stesen televisyen akan meminta agar nama Hanez Suraya digugurkan kerana takut rating jatuh.

Kini selepas 6 bulan tidak berlakon, pelakon penuh kontroversi ini boleh menarik nafas lega kerana namanya kembali diterima oleh stesen televisyen.

Bakal berlakon dengan Aaron Aziz dan Nora Danish dalam sebuah supertelefilem, Hanez Suraya juga akan muncul dalam drama Cikgu Timah Sekolah Bandar yg akan disiarkan di Astro.

Nampaknya kesabaran dan rayuan yg dibuat oleh Hanez telah berhasil. Semoga Hanez tidak mempersia-siakan peluang kedua ini. Kata Hanez:





Mutu lakonan Hanez Suraya terutamanya dalam drama Love You Mr Arrogant memang amat memberangsangkan.

Jika ditolak ke tepi kontroversinya, Hanez adalah salah seorang pelakon yg benar-benar berbakat.

Sayangnya di kala Hanez menuju ke puncak, tiba-tiba dirinya diselebungi kontroversi pula.

Semoga kali ini Hanez benar-benar fokus dan tidak lagi menimbulkan sebarang masalah. Selamat kembali diucapkan kepada Hanez. Semoga terus maju jaya.

 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

BERITA!!! Hamil 3 Bulan Angkara Abang




PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol 

adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut 

berhubung kegiatan sumbang mahram yg berpunca akibat nafsu buas abangnya 

berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan

menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yg kelihatan seperti orang mengandung

pada Sabtu lalu. 

Difahamkan, mangsa yg tinggal bersama bapa dan suspek yg bekerja sendiri di

rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga 

mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa 

dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan 

perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.



 


View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Sarimah Ibrahim Cinta sembilan bulan tunang empat bulan


TIADA kata-kata lain yang terluncur daripada mulut pengacara dan penyampai radio popular Sarimah Ibrahim, 36, selain syukur selepas dia dan kekasihnya Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, selamat mengikat tali pertunangan. Berlangsung dalam suasana tenang dan secara tertutup di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur, Sabtu, pasangan itu ternyata sedang teruja mendepani fasa bergelar tunangan orang.

Sepanjang temu bual yang dilakukan usai majlis tersebut, kebahagiaan jelas terpancar pada wajah Sarimah dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra disapa dengan nama Tunku Jamie. Mereka saling ketawa dan ramah meleraikan agenda hari nikah yang berbaki tidak sampai setahun.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Perasaan saya selepas bergelar tunangan orang pastinya gembira kerana hubungan yang terjalin akhirnya dibawa ke peringkat yang lebih jauh," kata Sarimah.

Meskipun hanya bercinta selama sembilan bulan, Sarimah merasakan tempoh yang singkat itu sudah cukup untuknya mengenali hati budi Jamie yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.






"Bagi saya tempoh sembilan bulan itu sudah cukup untuk mengenali siapa bakal suami saya. Sebenarnya tempoh percintaan tidak menjamin hubungan itu akan kekal.

"Kalau kenal sembilan tahun sebelum berkahwin pun belum tentu saya kenal orang itu sepenuhnya kerana hati manusia sentiasa berubah-ubah. Apa yang penting kami berdua sudah bersedia untuk memberi komitmen dalam hubungan ini," balas Sarimah sambil diakui oleh Tunku Jamie yang duduk di sebelah Sarimah.

Selepas majlis pertunangan yang diadakan penuh dengan adat Melayu itu, kedua-dua keluarga menetapkan pasangan ini akan bernikah pada 2 April tahun hadapan.

Bercakap soal perkahwinan kata Sarimah, semuanya masih terlalu awal kerana setakat hari ini mereka hanya sempat untuk memutuskan tarikh pernikahan sahaja.

"Soal perancangan perkahwinan pula, saya sendiri belum mempunyai sebarang perancangan tetapi kemungkinan besar majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja," kata Sarimah.

Apabila ditebak soalan, adakah Sarimah sudah bersedia untuk menjadi sebahagian keluarga kerabat diraja Negeri Sembilan selepas mereka berkahwin kelak, begini jawab pengacara berkenaan:

"Sebenarnya tidak kira siapa dan apa status bakal suami saya, paling penting kami harus menghormati keluarga masing-masing. Selain itu, harus cuba mengenali dengan lebih dekat keluarga mertua.

"Namun, proses perkenalan itu mengambil masa kerana biasanya selepas berkahwin barulah kita akan lebih mengenali keluarga mertua. Buat masa sekarang saya hanya mengenali keluarganya yang terdekat sahaja."


SARIMAH akan terus aktif dalam bidang seni selepas mereka bernikah pada April tahun hadapan.

Jamie tidak sangka Sarimah popular

Sarimah yang sudah lima tahun hidup bersendirian selepas bercerai dengan bekas suaminya Amir Andrew Abdullah pada tahun 2009, tertarik dengan Tunku Jamie kerana lelaki itu cukup memahami dirinya serta kerjayanya sebagai selebriti.

"Saya bersyukur kerana bertemu dengan Tunku Jamie. Dia seorang yang sangat merendah diri dan paling penting faham diri saya. Walaupun saya ada perangai gila-gila tetapi dia boleh terima seadanya," luah wanita berdarah campur Melayu - Irish itu lagi.

Tunku Jamie pula pada mulanya tidak menyangka Sarimah merupakan selebriti popular tanah air sehinggalah beliau sendiri membuat carian di internet tentang Sarimah.

"Jujur, saya tidak mengikuti perkembangan dunia seni Malaysia, kerana itu saya tidak begitu mengenali siapa Sarimah dan apakah sebenarnya kerja seni yang dilakukan olehnya.

"Saya tahu dia artis tetapi tidak sangka dia terkenal. Apabila saya buat carian di internet saya tekejut melihat banyak cerita tentangnya ditulis selain mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Jadi, daripada internet saya tahu serba sedikit tentang Sarimah," akui Jamie yang berstatus duda tanpa anak.

Mengambil keputusan untuk menikahi seorang selebriti, Tunku Jamie sudah bersedia dengan perhatian yang di berikan peminat dan media kepadanya.

"Pada mulanya saya agak gementar apabila gambar kami berdua diambil dan ada peminat Sarimah yang menegur apabila kami keluar bersama. Selepas diterangkan oleh Sarimah, lama-kelamaan saya juga sudah biasa dan selesa dengan perhatian yang diberikan," balas Jamie.

Apabila ditanya apakah keistimewaan Sarimah sehingga hatinya bulat untuk menyunting wanita itu sebagai suri hidupnya, Jamie tersenyum lagi sebelum menjawab. Katanya, sikap positif yang menebal dalam diri wanita itu (Sarimah) menjadi punca hatinya tertambat.

"Sarimah seorang yang selalu bersikap positif walau dalam apa keadaan sekali pun. Dia jelita, mengambil berat dan seorang yang cukup penyayang," akui Jamie sambil Sarimah tersipu malu mendengar pengakuannya.


ATAS: Majlis pertunangan pasangan ini hanya dihadiri oleh sekitar 40 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat dan rakan baik Sarimah dan Tunku Jamie.

Selepas berumah tangga kelak, tegas Sarimah, dia masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa. Tidak ada sebab untuknya bersara daripada dunia seni meskipun dia bakal memiliki anak pada masa hadapan.

"Saya tetap akan bekerja selepas menjadi isteri. Kami sudah berbincang tentang perkara tersebut dan dia memberi kebenaran. Katanya, dia mengenali saya sebagai artis, jadi dia ingin lihat saya lakukan pekerjaan yang saya suka.

"Lainlah jika sudah ada anak kelak, mungkin saya akan perlahankan kerja buat sementara waktu. Untuk bersara daripada dunia seni, memang tidak sama sekali," akui Sarimah.




Menyentuh tentang cahaya mata, ujar Sarimah masih terlalu awal bagi mereka untuk bercerita tentang perkara berkenaan. Namun, katanya, mereka mahu segera mempunyai selepas selamat berkahwin kelak.

"Saya memang ingin anak tetapi semuanya atas rezeki Allah. Kalau ikut impian saya, kalau boleh saya ingin sepasang anak, seorang lelaki dan perempuan," luah Sarimah mengakhiri bicara.

Majlis pertunangan Sarimah dan Jamie berlangsung secara tertutup hanya dihadiri sekitar 40 orang ahli keluarga dan rakan rapat. Majlis tersebut bermula dengan acara berbalas pantun dan pertukaran dulang hantaran.

Ibu saudara Jamie, Raja Datin Massaha Raja Harun mewakili pihak keluarga lelaki menyarungkan cincin ke jari Sarimah. Selain itu majlis tersebut turut dihadiri oleh nenda Tunku Jamie iaitu Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin, bondanya Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar dan ayahandanya Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha.

Ibu bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad, ibunya Elizabeth Hanlon dan tiga adik lelakinya turut memeriahkan majlis tersebut.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Leez, Kahwin lagi enam bulan


Leez

USAI bergelar tunangan kepada vokalis Drama Band, Aepul pada 11 Disember tahun lalu, selebriti kelahiran program realiti televisyen Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Leez, banyak mendiamkan diri.

Lama menyepi, Leez terbuka hati untuk berkongsi perkhabaran terkini. Berbaki tidak sampai setahun, Leez bakal naik pelamin dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

"Perancangan untuk berkahwin itu sudah ada. Lagipun tidak elok melengahkan majlis perkahwinan kerana itu yang wajib dilakukan.


LEEZ bakal menamatkan zaman solonya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

"Jika tiada aral melintang kami akan menamatkan zaman bujang kira-kira enam bulan dari sekarang. Saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami," ujar Leez ketika ditemui Sensasi Bintang baru-baru ini.

Tentang persiapan hari bersejarahnya, menurut Leez, dia masih sibuk meladeni jadual hariannya sebagai anak seni. Ada ketika, soal persiapan menjadi agenda kedua.






"Kami masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan kerana sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.

"Saya yakin apabila tiba satu saatnya, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Malah, kami tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Mungkin kami akan bernikah dulu dan mengadakan majlis resepsi kemudian," kata Leez yang popular menerusi drama Astana Idaman 3.

Diajak bercerita tentang kemunculannya membawa karakter Shila menerusi drama Dosa Seorang Suami yang ditayangkan menerusi slot Azalea di TV3, Leez tunduk malu. Dia tidak menyangka watak itu memberi impak sehinggakan mendapat pujian peminat di laman sosial.




"Saya tidak nafikan apabila seseorang pelakon itu membawa watak baik dan terdapat babak air mata pasti karakter itu akan meninggalkan kesan dan menjadi perhatian penonton.

"Bahkan jika karakter yang diberikan itu menguji kemampuan seseorang, tidak mustahil pelakon yang tidak ada nama pun akan kelihatan bagus kerana penangan karakter tersebut," kata Leez lagi.

View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Dipenjara 5 Bulan Hendap Wanita Di Dalam Tandas

Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.



Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Gunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap pada 4 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik tandas itu.

Apabila mangsa bertanya mengapa dia (tertuduh) memasuki tandas wanita itu, dia memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan.

Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. –BERNAMA