Showing posts with label DICEKUP. Show all posts
Showing posts with label DICEKUP. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

GEMPAR! Pasangan Kantoi Dicekup, Pakai Telekung Sembahyang Tanpa Seluar


Ini merupakan kisah benar di mana satu pasangan ditangkap di Jalan Sekilau, Pahang dan si wanita sempat mengenakan telekung untuk mengaburi mata pihak pencegah maksiat. Namun begitu, taktik si wanita tidak sempurna kerana beliau didapati memakai telekung tanpa seluar.

Begitulah lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam. Remaja ini kononnya berpura baru selesai solat.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika. Itu merupakan alasan yang lapuk dan JAIP sudah kalis dengan alasan seperti begitu.

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Lari telanjang untuk elak dicekup

type='html'>
DUA anggota penguat kuasa wanita menggari GRO sebaik ditahan, semalam.
Georgetown: Tanpa rasa malu, dua wanita warga asing disyaki sedang melakukan seks dengan pelanggan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat dalam dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang leka melayan pelanggan masing-masing, namun terus berlari keluar dari bilik hotel tanpa sempat mencapai pakaian sebaik mendapat tahu premis berkenaan diserbu.
Tindakan itu turut menyebabkan pelanggan masing-masing kebingungan dan hanya mengetahui premis itu diserbu pihak berkuasa selepas anggota imigresen memperkenalkan diri ketika pemeriksaan dilakukan.
Bagaimanapun, langkah kedua-dua wanita bogel itu terhenti ketika menuruni tangga apabila ditahan dan diarahkan masuk semula ke bilik untuk memakai pakaian masing-masing.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, serbuan ke atas dua hotel bajet itu dilakukan serentak selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan ditawarkan wanita warga asing berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menahan enam wanita iaitu dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam dan Nigeria berusia 20-an hingga 30-an selepas mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.
“Lima daripada wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial manakala wanita warga Nigeria pula didapati menjadikan pas pelajar sebagai lesen untuk masuk ke negara ini dan dia disyaki menyalahgunakan kebenaran diberikan dengan menawarkan perkhidmatan seks.
“Siasatan awal kami tidak menolak mereka ini bergerak sendiri tanpa didalangi mana-mana sindiket,” katanya. Modus operandi digunakan ialah menggunakan susuk tubuh yang seksi bagi memikat pelanggan di sekitar hotel tempat menginap atau restoran berhampiran.
“Jika ada persetujuan, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel bajet berkenaan dipercayai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM120 hingga RM150 bagi setiap langganan,” katanya.
Basri berkata, berdasarkan keadaan bilik berkenaan, pihaknya percaya wanita terbabit sudah menginap di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu dan akan berpindah ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Sumber myMetro


View the original article here

Sunday, 1 June 2014

DOKTOR JUAL UBAT PERANGSANG SEKS DICEKUP

type='html'>
PEGAWAI penguat kuasa memeriksa ubat kuat yang dijual di kaki lima.
Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah.
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia. 

Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain. 

“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.
Sumber myMetro



View the original article here

Sunday, 25 May 2014

PASANGAN KANTOI DICEKUP BAGI ALASAN 'Ke rumah kekasih nak cuci baju'


Pasangan kekasih dicekup dan ditahan sebelum disoal siasat.


SUNGAI PETANI - “Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasihnya ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kerana bersekedudukan.

Pasangan itu dicekup dalam sebuah rumah di sini ketika sedang tidur pada jam 9.30 pagi oleh sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Pasangan itu yang berusia 20 tahun berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar menyewa di perumahan terbabit kerana mendakwa sedang bekerja di bandar ini.

Apabila ditanya, wanita itu berkata, rumah sewanya hanya 200 meter dari situ dan datang ke rumah kekasihnya pada jam 8 pagi untuk mencuci baju kerana terdapat sebuah mesin basuh di situ.

Bagaimanapun, ketika dicekup kedua-duanya ditemui berada di sebuah bilik dan salah seorangnya tidak berpakaian.

Berdasarkan pengakuan, mereka sudah berkenalan lima tahun lalu sejak di bangku sekolah dan kini masing-masing sedang bekerja di sebuah pasar raya dan kilang berasaskan ubat-ubatan di bandar ini.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, aduan dikemukakan orang awam apabila ternampak seorang wanita sering berkunjung ke rumah kekasihnya yang tinggal seorang diri termasuk pada waktu malam.

“Hasil siasatan kami dapati terdapat sepasang kekasih berada di dalamnya dipercayai tinggal serumah berdasarkan penemuan pakaian dalam wanita terbabit termasuk kelengkapan lain yang tersusun dalam almari milik kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan.

Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih dicekup oleh jawatankuasa masjid ketika tidur berdua-duaan di sebuah pondok berteduh dalam kawasan rumah dekat Gurun, Kedah pada jam 8 pagi.

Menurut Zaiferi, pasangan berusia 18 dan 20 tahun itu ditemui sedang nyenyak tidur dalam pondok yang terdapat dalam halaman rumah si lelaki.

“Kes itu, bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.


Sinar Harian