Showing posts with label Daging. Show all posts

Thursday, 2 October 2014
Gambar Petugas Bandaraya Di Kejar Dengan Pisau Potong Daging
Seorang pemilik kedai berlari sambil memegang pisau dapur mengejar seorang petugas dari Chengguan (petugas bandaraya) dengan pisau dapur di jalan Foshan, wilayah Guangdong pada 23 September, 2014.
Peniaga itu sebagai pemilik kedai, enggan untuk membuang tanda-tanda iklan dan menggunakan kekerasan, kata laporan.
Polis tempatan terpaksa melepaskan tembakan amaran dan menghentikannya. Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat polis.
Tiada yang tercedera dilaporkan selepas peniaga itu diberi tembakan amaran
Friday, 19 September 2014
Belajar Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Thursday, 29 May 2014
Cara Membezakan Daging Khizir Dan Lembu
.jpg)
Jom kita kaji dan pelajari perbezaan antara daging babi dan daging lembu. Daging babi pastinya ada sahaja dijual di pasaran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Anda pastinya hanya dapat membezakan daging babi dan daging lembu sekiranya terdapat kepala haiwan terbabit di situ. Kalau sahaja tidak terdapat kepala?
TIPS PERTAMA - DAGING BABI LEBIH PUCAT BERBADING DAGING LEMBU YANG BERWARNA MERAH
.jpg)
TIPS KEDUA - URAT DAGING LEMBU LAGI TERANG DAN NYATA BERBANDING DAGING BABI YANG KELIHATAN TAK BERAPA BERURAT DAN RENGGANG
.jpg)
TIPS KETIGA - WARNA BERBEZA, URAT PUN BERBEZA. KENA PERHATI BETUL-BETUL.

TIPS KEEMPAT - URAT DAGING BABI KAKU DAN TAK BERBENTUK MANAKALA URAT DAGING LEMBU LEBIH KAKU DAN BERSERAT
.jpg)
sumber: mazeermohamad.com
Sunday, 25 May 2014
Dua Lelaki Ditangkap Makan Daging Bayi
Pihak polis Pakistan menahan seorang lelaki dan adiknya kerana mereka disyaki memakan seorang bayi yang baru dilahirkan selepas kepala kanak-kanak itu dijumpai di rumah mereka, kata para pegawai.
Lelaki tersebut, Farman Ali, 37, ditahan sehari selepas polis menangkap abangnya, Mohammad Arif, 40, selepas penemuan kepala bayi di rumah mereka di satu daerah terpencil di wilayah Punjab.
Kedua-dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan dan dihukum penjara selama dua tahun kerana memakan mayat wanita berusia 24 tahun dalam satu kes yang mengejutkan negara itu pada 2011.
Mohammad Arif memberitahu polis, Farman Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari itu di sebuah tanah perkuburan di Kampung Darya Khan yang terletak kira-kira 300 kilometer dari selatan Islamabad.
Katanya, mereka kemudiannya melapah sebelum memasak dan memakan mayat bayi itu.
Ketua Polis Bhakkar, Ameer Abdullah berkata, Farman Ali ditahan pada Selasa lalu dan kedua-dua suspek telah didakwa di sebuah mahkamah.
Polis menyatakan, isteri kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan mereka beberapa tahun lalu. –Agensi

Subscribe to:
Posts (Atom)