Showing posts with label Dibawa. Show all posts
Showing posts with label Dibawa. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Enam jenazah rakyat Malaysia dijangka dibawa keluar Hilversum dalam tempoh 48 jam

Mengikut SOP, setelah dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, jenazah akan dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. - Gambar fail

THE HAGUE: Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini, dalam tempoh 48 jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang.

Menurut sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dan autopsi baru-baru ini.

"Kebiasaannya, rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Isnin.

Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini.

SOP menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses penting.

Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selepas selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara pengurusan jenazah.

Keluarga itu yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian.

Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah semalam.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas

View the original article here

Friday, 23 May 2014

Pelajar Malaysia Diperkosa di Bandung, Dibawa Pulang Hari Ini




Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta. ~ Sumber