Showing posts with label Dibelasah. Show all posts
Showing posts with label Dibelasah. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

MASHAALLAH!!! Dibelasah Suami Ketika Baca Al-Quran



ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yg terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.

Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.

"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.

Fadzillah, yg bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yg berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

Tetapi pengalaman pahit terbaharu yg dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.

Fadzillah, yg berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yg teramat.

"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.

"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yg perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.

View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

VIDEO: Pelajar Perempuan Dibelasah Sekumpulan Pelajar Samseng Dalam Sekolah




Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Xpe..
nanti aku nk repot polis.
Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.
Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.
Sumber: Harian Metro / Video dari FB Suararakyat Nibongtebal

View the original article here

Saturday, 31 May 2014

VIDEO,Perogol Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan

type='html'>
Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan individu selepas dipercayai telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada mangsa rogol membelasah lelaki berkenaan yang berusia 30-an di hadapan orang ramai.
Mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dipercayai datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa nafsu lelaki berkenaan.
Berang dengan berita malang itu, keluarga mangsa bertindak mencari suspek dan berjaya mengesan salah seorang dari mereka yang dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.
Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.
katakcomel.my



View the original article here