Showing posts with label manis. Show all posts
Showing posts with label manis. Show all posts

Monday, 17 November 2014

CANTIK!!! 6 Foto Nur Anis, anak perempuan Rosyam Nur semakin manis bertudung

Tidak hanya pelakon, pengarah, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor akan hadir berkongsi pengalaman serta ilmu perniagaannya menerusi slot Tips Memburu Kejayaan di Fiesta Muslimah BH 2014 pada 23 November ini, malah lebih istimewa lagi apabila anak keduanya, Nur Anis Mohd Noor, 21, turut memberi sokongan untuk acara itu.

Anak aktor terkenal itu akan membuka gerai jualan produk berimej muslimah miliknya yg diusahakan di bawah jenama, Bidadari Contemporary.

Rosyam dan Nur Anis begitu teruja kerana buat julung kalinya mereka akan bersama di bawah penganjuran acara yg sama. Ditemui pada sidang media Fiesta Muslimah BH 2014, di Balai Berita, Bangsar, Khamis lalu, mereka akui bagaikan tidak sabar untuk menyerikan lagi festival berkenaan yg bakal berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur.





Mana tidaknya, perusahaan Bidadari Contemporary baru saja berusia sembilan bulan, justeru adanya pendedahan menerusi festival sebegini, secara tidak langsung membantu mempromosikan produknya yg merangkumi tudung dan aksesori. Gembira apabila anaknya perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia perniagaan, Rosyam menyatakan idea berniaga dalam talian itu sudah lama diutarakan olehnya tetapi baru tahun ini direalisasikan.

"Sebenarnya, idea itu timbul lima lalu tahun di mana saya menyuruh anak sulung saya, tetapi disebabkan dia berkahwin, jadi dia tidak dapat memberi komitmen. Mujur Anis berminat, jadi dia ambil peluang ini sebab saya memang menggalakkan anak-anak saya berniaga. Tambah lagi, bila kita bercakap pasal islamik, tak kira dari penganjuran program hinggalah ke fesyen, semuanya disambut positif.

"Fesyen muslimah bukan lagi satu kesukaran tapi sudah jadi satu trend, malah sebab ini juga orang semakin dekat dengan Islam. Adanya fiesta islamik sebegini, dianjurkan oleh sebuah akhbar Melayu yang kuat pengaruhnya, pastinya ia akan menjadi satu agenda besar nanti.

"Selain itu, saya juga akan terbabit, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai seorang peniaga, jatuh dan bangunnya saya dalam bidang ini. Saya harap slot saya nanti tidak hanya akan menarik barisan vendor saja, tapi juga golongan belia. Slot saya akan bermula jam 4 petang dan saya harap ramai orang luar turut hadir nanti,"
ujar Rosyam.

Bukan hanya itu , Fiesta Muslimah BH 2014 turut disertai usahawan dalam talian seluruh negara serta selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Hamidun, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Alyah serta pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang akan memperagakan 28 koleksi baju Muslimah rekaannya. - BERITA HARIAN
















GOSIP N SHARE


View the original article here

GAMBAR!!! Alkisah Fara Fauzana Mula Bertudung, Bertambah Manis Dan Ayu


Saya fikir tak ramai yg tahu kisah bagaimana Selebriti dan penyampai radio Fara Fauzana mula bertudung.

Jika anda merupakan peserta Konvensyen The Bidadari 2014, anda mungkin tahu sedikit sebanyak kisah bagaimana mulanya Fara Fauzana bertudung sebab personaliti ini ada berkongsi kisahnya di dalam Program The Bidadari 2014.

Dalam konvensyen tersebut, Fara Fauzana berkongsi cerita mengenai tanggapan masyarakat, keluarga dan kawan-kawan apabila dia mula memakai hijab penuh.

Turut sama selebriti lain berkongsi cerita dan pengalaman mereka saat mula bertudung adalah Mizz Nina, Ummi Nazeera dan Natasha Hudson.

Paling menarik ialah bagaimana mahu transformasi dalam soal pergaulan apabila sebelum bertudung menjadi seorang muslimah yg kini berhijab.

Banyak tips diberikan untuk hadapi sangka buruk masyarakat, terutama sekali yg melihatkan apa yang dilakukan oleh mereka sekadar ikut trend dan bukannya kerana niat ikhlas untuk Allah S.W.T.

Berhijab adalah untuk menjaga kemuliaan seorang wanita. Berhijab adalah untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan harga diri seorang wanita.

Ia bukan menyekat kebebasan seorang wanita untuk berjaya, tetapi ia merupakan landasan betul untuk kecapi kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.





Saya kongsikan sedikit video The Bidadari 2014, kisah bagaimana Fara Fauzana mula bertudung, dan apakah harapan dia dengan penghijrahan ini.

Dia ceritakan bagaimana reaksi awal keluarganya terhadap dirinya bila mengenakan hijab. Fara Fauzana juga ceritakan mengenai perbezaan ketara dalam hubunganya sesama rakan apabila dia terlah bertudung.



Saya secara jujurnya mendoakan segala kebaikan buat mereka, selebriti yg telah diberikan ruang untuk berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setiap orang ada peluang diberikan oleh Allah S.W.T untuk berubah menjadi lebih baik, hanya kita sahaja samada mahu merebut peluang itu atau tidak.

Jika kita tahu ia akan memberikan segala kebaikan dunia akhirat, pasti peluang itu akan dirembat.







Salam Maal Hijrah 1436. Semoga kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Sumber ini dipetik dari hasrulhassan.com.

 


View the original article here

Friday, 31 October 2014

WOW!!! Uqasha Senrose Cantik Bertudung, Manis Gitu


Pergh!!~ Cantiknya... Memang menawan, manis, jelita dan mempersona sungguh apabila Uqasha Senrose bertudung. Memang boleh tangkap cintan dibuatnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Uqasha atas penghijrahan ini. Semoga semakin murah rezeki dan hidup semakin diberkati.

Bekas kekasih Pekin Ibrahim ini menyatakan penghijrahannya ini tidak ada kena mengena dngan mana-mana lelaki.

Jadi ia bukanlah sebab putus cinta baru-baru ini. Baguslah macam itu.



Nak bertudung hati kena ikhlas. Kata Uqasha menerusi portal GUA:


Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yg saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini.

Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yg terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yg baik-baik untuk saya

 














 


View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Dugaan darah manis Erin Malek, Farriz



ERIN MALEK sedar dia kini berhadapan dengan banyak dugaan untuk bergelar suami isteri. Gosip terlebih manja yang disebarkan hujung minggu lalu dianggap sebagai salah satu dugaan buatnya.

PELAKON Erin Malek yang sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Farriz Fauzy, 30, pada 10 Oktober depan dikejutkan dengan kontroversi terbaharu.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, Erin didakwa beraksi terlebih manja bersama tunangnya sehingga mengundang rasa kurang selesa orang sekeliling ketika berjalan di Matta Fair, yang diadakan di PWTC yang berlangsung awal September lalu.






Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, tidak menafikan mereka berjalan berpegangan tangan namun, menafikan bermanja melebihi batasan ketika berada di tempat umum.

Meskipun tidak melatah dengan kontroversi terbaharu itu, tetapi Erin mengakui kontroversi itu mencalarkan nama baiknya dan keluarga kerana tidak sampai sebulan mereka akan dinikahkan sebagai pasangan suami isteri.

Menganggap cerita itu hanya fitnah dan dugaan sebelum perkahwinannya, Erin memberitahu dia sedar statusnya sebagai artis dan tunangan orang membuatkan dia lebih menjaga tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.

Kosmo!: Benarkah Erin beraksi terlebih manja bersama tunang ketika berada di Matta Fair baru-baru ini?

Erin: Apa yang boleh saya katakan itu hanyalah fitnah semata-mata. Saya mengaku pergi berjalan di Matta Fair bersama Farriz dan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih lain, tetapi saya tidak melakukan perkara menjolok mata yang boleh memalukan diri sendiri.

Apakah perasaan anda apabila kontroversi ini keluar?

Saya tidak marah tetapi saya geram kerana secara tidak langsung ia memalukan saya dan keluarga. Selepas cerita itu keluar, kami berdua terpaksa terangkan hal yang sebenar kepada keluarga. Saya bersyukur keluarga kami berdua memahami apa yang berlaku.

Bagaimana pula penerimaan Farriz apabila namanya turut dikaitkan dalam kontroversi itu?

Sejak kami bertunang pada 21 Jun lalu, dia amat memahami kerjaya saya sebagai artis. Dia menerima kontroversi itu dengan baik. Bagaimanapun, saya bimbang andai kontroversi ini berpanjangan kerana tidak sampai sebulan lagi saya akan berkahwin dan bergelar isteri orang. Cerita seperti ini kurang manis, jadi saya mengambil langkah untuk tidak mengambil peduli tentangnya.

Adakah anda sedar setiap tingkah laku anda diperhatikan masyarakat?

Saya sedar sebagai artis, apa yang saya lakukan akan menjadi perhatian. Sembilan tahun saya bekerja sebagai pelakon, walaupun masih muda, saya tahu baik buruknya dunia hiburan. Sebelum ini saya juga pernah dilanda kontroversi dan telah belajar daripada kesilapan yang lalu. Saya tahu batas untuk menjaga maruah diri. Selepas apa yang berlaku, saya hanya berserah pada Allah untuk membalasnya.




Bagaimanakah dengan persiapan perkahwinan?

Setakat ini, ia sudah sampai ke peringkat mengedarkan kad perkahwinan kepada jemputan. Semua persiapan berjalan lancar tetapi saya masih bekerja lagi. Minggu hadapan barulah saya akan bercuti untuk memberi fokus kepada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 10 Oktober depan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda?

Terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran telefilem Dia Ayah Saya. Buat masa ini, itu sahaja penggambaran yang saya ambil sebelum bercuti panjang.

View the original article here