Showing posts with label Jurugambar. Show all posts
Showing posts with label Jurugambar. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Jurugambar NSTP: Tiba-Tiba Penumbuk Hinggap Di Muka



"Saya ditumbuk tanpa sebab," demikian reaksi jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Aizuddin Akmal Saad yang menjadi mangsa perlakuan ganas ahli keluarga penumpang pesawat MH17.

Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.






"Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Aizuddin, 29, cedera di muka selepas ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mendiang pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes ketika membuat liputan upacara menyambut kepulangan jenazah mangsa MH17.



Salah seorang ahli keluarga mangsa MH17 bertindak menumbuk jurugambar kumpulan NSTP.

Menurut Aizuddin, ketika kejadian, dia dan kumpulan jurugambar daripada agensi media lain berada jauh daripada keluarga mangsa setelah dihalang daripada membuat liputan.

"Ketika itu petugas media mula menumpukan perhatian kepada saya kerana telah dikasari oleh seorang lagi ahli keluarga mangsa sehingga lensa kamera dan flash saya patah.

"Sebab itulah saya hairan mengapa saya diserang lagi sedangkan saya sudah tidak merakamkan apa-apa gambar ketika itu," katanya.




Terdahulu, ketika urusan mengeluarkan jenazah daripada van jenazah, seorang individu secara tiba-tiba bertindak ganas terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh.

Aizuddin yang ketika itu berada di lokasi kajadian merakamkan insiden kekecohan tersebut hingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan apabila menyedari tindakannya dirakamkan.

"Semasa di luar lagi saya sudah dikasari sehingga kamera rosak. Tapi ketika itu kekasaran tidak membabitkan sentuhan fizikal.

"Yang peliknya bila saya dibawa masuk ke ruang dalam, sekali lagi saya diserang tanpa sebab," katanya.

Menurut Aizuddin, dia membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sungai Besi.

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

[7 Gambar & Video] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

[7 Gambar & Video] Jurugambar Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi | Satu video mengejutkan berlaku di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi apabila seorang jurugambar NST cedera ditumbuk oleh salah seorang keluarga mangsa nahas MH17.

[7 Gambar] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

Belum dapat dipastikan punca sebenar kenapa jurugambar dari New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.


Subashini atau lebih mesra disapa Shuba Jay merupakan peserta musim pertama program popular Sehati Berdansa itu maut ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Amsterdam, Belanda bersama suaminya, warga Belanda iaitu Paul dan anak perempuan mereka, Kaela, 21 bulan.

Dalam program Sehati Berdansa pada 2010 mediang telah bergandingan dengan bapanya, J Retnam AJ Karuppiah, 64, dan banyak terbabit dalam pementasan teater yang dipentaskan di Actor‘s Studio.


Pihak polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal keadaan. Berdasarkan maklumat awal dan gambar-gambar yang diterima SuaraTV, jurugambar tersebut dikatakan sedang mengambil gambar jenazah yang tiba sebelum ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga yang berang.


Ekoran kejadian tersebut, beliau cedera di hidung dan kamera yang digunakan rosak.


Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan jenazah, termasuk dua juruterbang pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 6.37 pagi ini.


Pesawat berkenaan membawa lima keranda dan empat bekas abu – tiba dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya, bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 yang dijadual diadakan jam 8.30 pagi ini.

[7 Gambar] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda adalah antara sembilan jenazah yang tiba pagi ini.




sumber
http://www.suara.tv/2014/09/02/mh17-jurugambar-nst-ditumbuk-waris-keluarga/

View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Perjalanan Melalui Jalan Maut Oleh Jurugambar Kanada Joey Lawrence

Bersama seorang "Pemandu lori", yang disertai oleh seorang jurugambar Kanada Joey Lawrence, membuat perjalanan berbahaya ke "Jalan Maut" (Dalam Bahasa Sepanyol: Camino de La Muerte), yang terletak di Bolivia dan dianggap sebagai salah satu yang paling berbahaya di dunia.

"Jalan Maut" dengan lebar 3.5 m adalah dengan ketinggian 1200-1800 meter dari jurang. Ia dibina pada tahun 1930-an, oleh banduan Paraguay pada Perang Chaco. Ramai daripada mereka meninggal dunia semasa pembinaan ... Sekarang jalan-jalan ini mengambil nyawa beratus-ratus pengguna jalan raya setiap tahun. Jalan sempit hanya untuk lalu lintas sehala, tetapi pengguna dari penduduk tempatan melaluinya di kedua-dua hala. Malang, tiada jalan lain bagi penduduk Coroico yang kekurangan. Bagi mereka, "Jalan Maut" - satu-satunya cara untuk menuju La Paz dan civilization.










View the original article here