Showing posts with label Karaoke. Show all posts
Showing posts with label Karaoke. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

ONLY MALAYSIA!!! Karaoke BLUE Melampau Cetus Kemarahan



ALOR SETAR - Pengunjung sebuah pusat membeli belah terkejut apabila disajikan dengan persembahan wanita berpakaian separuh bogel diadakan secara terbuka, lewat petang kelmarin.

Wan Kamarul Wan Mohammad, 21, berkata, pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yg bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam itu mengundang kontroversi apabila menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan.

“Bagi saya, pakaian peserta wanita dari sebuah kumpulan dan seorang lagi individu, amat tidak sesuai dipakai di khalayak terutama tempat terbuka seperti itu yg dikunjungi kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila ketika sedang menyanyi, peserta wanita itu bertindak membuka pakaian luarannya dan hanya berpakaian seperti coli.

“Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu. Pihak penganjur sepatutnya kawal tingkah laku peserta termasuk pakaian supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung yg terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur,” katanya.

Wan Kamarul berkata, dia kesal apabila persembahan itu tetap diteruskan walaupun ketika azan Maghrib berkumandang.

“Bunyi muzik terlalu kuat ketika itu, menyebabkan saya terdengar sayup-sayup azan Maghrib, namun penganjur tidak memberhentikan majlis.

Saya kesal kerana penganjur tidak menghormati sensitiviti umat Islam,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua persembahan hiburan terbuka yg agak keterlaluan diadakan di pusat membeli-belah itu, di mana tahun lalu, turut menampilkan peserta wanita berpakaian menjolok mata.

“Pusat beli-belah juga perlu sensitif dan pantau penganjuran program di premis mereka, supaya tidak mengundang kontroversi selain membudayakan program-program bermanfaat,” katanya.

View the original article here

Monday, 8 September 2014

Syahrini Batalkan Kontrak Dengan Pengelola Pusat Karaoke Miliknya


Syahrini tidak mahu karaoke miliknya terlibat dengan minuman keras dan pelacuran

PENYANYI Indonesia Syahrini yang juga pemilik pusat karaoke KTV Princess Syahrini membatalkan kontrak dengan PT Hengen Suara Abadi iaitu pengelola pusat karaoke itu di City Mall, Kota Tangerang, Banten, Indonesia.

Menurut Kapanlagi.com, ia kerana pengelola tersebut dianggap kurang sabar apabila menjalankan bisnes tersebut sebelum mendapat keizinan daripada penyanyi tersebut.






Syarini berkata, ketika itu dia sedang menjalankan ibadah umrah.

"Ketika pembukaan pusat karaoke itu, Syahrini sedang menunaikan umrah dan mereka tidak sabar untuk menjalankan operasi sebelum mendapat keizinan penyanyi itu," kata peguam penyanyi itu, Hotman.

Terdahulu, laporan media Indonesia memberitahu pusat karaoke tersebut menjalankan kegiatan menjual minuman keras tanpa izin.

Selain itu pusat karaoke tersebut juga dikatakan menjalankan kegiatan pelacuran.

Pihak Syahrini turut mengemukakan bukti bahawa perjanjian antara dia dan pengelola bisnes tersebut masih belum dilakukan sepenuhnya.

Malah dia menganggap perkara tersebut menjejaskan nama baiknya dalam dunia seni hiburan.



View the original article here