Showing posts with label Lahirkan. Show all posts
Showing posts with label Lahirkan. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

TAHNIAH!!! Bienda Selamat Lahirkan Anak Ke-2


Bienda menerusi laman sosial Instagram miliknya telah mengesahkannya serta berkongsi foto bayi perempuan yg dilahirkan pada malam hari Khamis lalu. Penyanyi Bienda selamat lahirkan anak keduanya pada 23 Oktober lalu secara pembedahan.

Berikut merupakan foto dan kapsyen yg dikongsikan:



Anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda itu melahirkan rasa kesyukuran walapun rasa agak sedikit terkilan kerana tidak dapat melahirkan bayi tersebut secara nomal disebabkan demam panas yg dialaminya.

Apapun kami ingin mengucapkan tahniah kepada Bienda sekeluarga.



Bienda sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2012 hasil perkahwinannya bersama Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010.

View the original article here

Wednesday, 8 October 2014

Budak Lima Tahun Lahirkan Anak Paling Muda Dalam Sejarah Perubatan

Lina Medina lahir pada tarikh 27 September 1933, di Ticrapo Huancavelica, Peru. Lina Medina adalah ibu paling muda dalam sejarah perubatan, ia melahirkan anak pada usia lima tahun, tujuh bulan dan 21 hari.

Medina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana perubahan saiz perut. Beliau awalnya dianggap mempunyai ketumbuhan, tetapi para doktor mengatakan hal yang sangat mengejutkan, Lina dikatakan sedang hamil 7 bulan. Dr Gerardo Lozada kemudian membawanya ke Lima, Peru, untuk kajian terhadap masalah yang aneh ini.

Satu bulan setengah kemudian, pada tarikh 14 Mei 1939, Lina melahirkan anak lelaki dengan cara pembedahan caesar. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada, Dr Busalleu, dan Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale. Anak Medina dilahirkan dengan berat 2.7 kg dan diberikan nama Gerardo seperti nama doktornya.

Gerardo menyangka bahawa Lina adalah kakaknya, namun pada usia 10 tahun beliau baru mengetahui Lina adalah ibunya. Dia membesar sihat namun pada tahun 1979 beliau meninggal pada usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.

Semasa dewasa, Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr Lozada Lima, yang memberinya pendidikan dan membantu meletakkan anaknya ke sekolah tinggi. Medina Kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Selamat Lahirkan Anak Kembar



Lama tidak muncul di kaca televisyen kerana hamil, hari ini adanya berita baik yang disampaikan sendiri oleh pengacara TV3 ini iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi — beliau sudah selamat bersalin.






Nurul Syuhada Nurul Ain melalui panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Untuk pengetahuan anda semua, proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan.

“Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini. Tahniah!



View the original article here