Showing posts with label Merogol. Show all posts
Showing posts with label Merogol. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

MEMALUKAN!!! Guru Agama Terkantoi Merogol Anaknya


gambar hiasan


Jakarta: Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yg bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.



“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yg dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya.

 


DUNIA BARU


View the original article here

Sunday, 25 May 2014

‘Pakar Motivasi’ Merogol Selepas Bagi ‘Kaunseling’

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai ‘Mr A’ menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.



Gambar hiasan.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.

Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.

“Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.

“Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu,” katanya.

Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

“Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.

“Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya,” katanya.

Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.

“Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini,” katanya.

Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa. –Harian Metro