Showing posts with label Parti. Show all posts
Showing posts with label Parti. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

ISHH!!! Lagi 3 foto artis-artis malaysia sambut Parti Halloween

Susulan Parti Halloween yg disertai beberapa artis malaysia baru-baru ini, ada forumer di mforum.cari memberikan luahan sedih berikut :-



"Sedih chuolz bangsa eropah berhalloween bangsa asia susur galur melayu jawa boyan kedah klantan siam pattani menganut agama samawi islam + bangsa2 lain di asia africa sibuk nak berkostum pelbagai.. Nak celebrate pun tak tahu. Janji org putih buat dia pun bergigihan mahu buat sama, dengan harapan org 'errr hilir nya family uols..'

tapak kaki lah selayaknya. Komen ini juga dituju kepada non muslim cina bukit cina prc india pari india brahmin rohingya thailand pinoys dan sebagainya."



Komen-komen lain pula korang boleh baca sendiri di forum berkenaan. Jom lihat tiga keping gambar menarik sekitar sambutan parti berkenaan.














 


View the original article here

Friday, 23 May 2014

Polis Siasat Parti Seks Di Pangsapuri Mewah

Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini.



Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki.

Bagaimanapun pengunjung wanita dibenarkan masuk secara percuma.

Dipercayai tiada sebarang syarat dikenakan terhadap pengunjung lelaki namun peserta wanita disyaratkan tidak boleh terlalu gemuk.

Difahamkan lokasi tepat mengenai parti liar itu hanya akan didedahkan kepada perserta selepas penganjur menerima bayaran.

Penganjur sudah menghantar jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung parti yang akan diadakan di Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Johor Baru.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat mengenai perkara itu.

“Jika ia benar, kita akan kenal pasti penganjurnya parti seks yang jelas bertentangan dengan budaya dan nilai masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi SMS yang dihantar, penganjur mendakwa setiap lokasi akan diadakan di pangsapuri mewah bagi menghalang pihak berkuasa memasuki premis-premis tersebut. –mStar Online